Tablet PC Vofox


Assalamualaikum ...

Sebelum ni ada kisah my anak buah paw bonus mamanya kan .
Ini taktik si Hanani lah ni .
Sampai je kat depan kiosk handphone , 
dia pujuk mamanya beli tablet .
Siap keluarkan duit tabung dia dari wallet lagi .
Ada la dalam RM150 gitu .
Nekad sungguh budak ni nak tablet !


Tablet PC Vofox



Tablet PC Vofox


Maka my kakak yang lembut hati ni ,
usha la kat kiosk tu tablet untuk main game saja .
Ada satu tablet namanya Tablet PC jenama Vofox buatan Korea .
Saiz 7 inci yang berharga RM 199 .
Campur kad memori 4G yang dalamnya ada 100 game 
dan casing , total RM 250 .


Tablet PC Vofox


Maka my kakak pun berkata ;

" mama boleh tambah RM dengan syarat main sama - sama . "

dah nak sangat kan ... angguk je lah si Hanani ni .
punya tak menahan bebudak ni , sambil jalan sambil main ,
... perghhh .


Tablet PC Vofox


Selain aplikasi di atas ,
Tablet PC ni boleh layari internet juga 
cuma tak ada phone lah  aka tak boleh buat panggilan .
Mungkin boleh download FB , whatapps dan lainnya 
yang ada kat play store .


Tablet PC Vofox


Sampai kat umah , my kakak buat peraturan .
Pertama , boleh main game pada hujung minggu 
dan hari cuti sahaja .
Kedua , Nabila tak boleh join bola baling 
dan reka cipta macam tahun lepas .
Tahun ni dah kena masuk kelas tambahan 
walaupun baru tahun lima .
Ketiga , Hanani kena jaga air muka mama 
sebab guru kelasnya adalah kawan mama 
dan dia dah cam Hanani .
Keempat , Najwa malam kena study sebab PT3 .
Kelima , Aqif tak boleh conquer sensorang sampai berjam - jam .

My anak buah angguk je .
Ntah mimpi apa my kakak agak straight dengan bebudak tahun ni .
Tahun sebelumnya , dia tak berapa kisah pun dan tak paksa anak belajar .
Cuma dia pastikan my anak buah buat homework lah .


Tablet PC Vofox
makan pun kat situ juga ... ermm

Sampai kat umah , macam biasa 
si abang aka Aqif pegang dulu Tablet PC tu .
Pagi ahad , dia juga yang pegang sampai berjam - jam !
maka si kakak Hanani pun tak puas hati .
Mengadulah si hanani pada mamanya ;

" aku yang keluar duit , dia lak yang main berjam - jam . 
aku nak main dia tak kasi mak usu . "

" kan mama dah kata boleh main dua jam je . 
Nanti mata rosak ! "

Sebenarnya dah agak dah perkara ni akan berlaku .
Si hanani dah berkira - kira nak pasang password .
Tak pasal - pasal nanti jadi macam phone lama mamanya 
yang tak boleh buka sebab bertukar - tukar password !
Maka selamba je lah mak usu nya cadangkan :

" mama pasang password dan mama yang simpan tablet tu . "

Jadinya mereka tak boleh main game memanjang 
dan conquer sensorang .
Semalam , nampak my anak buah main game .
Maka keluarlah dialog dari mak usunya ;

" Kan mama kata main game time cuti je "

" aku dah siap homework la mak usu . " kata hanani .

" aku pon . " kata najwa dan nabila .

" bagusnya lah anak mama rajin siapkan homework .
Malam buka buka ya ... "

Jadinya , mereka cuma boleh main game masa petang .
Dah letih separuh hari otak kena push kat sekolah kan .
Bagilah mereka rehatkan otak dengan game di waktu petang .


Tablet PC Vofox


Vee google gak jenama Vofox ni .
Takut bawa kesan pada otak macam satu jenama dari China
yang heboh satu masa dulu .
Tak ada lak jumpa lak cerita negatif pasal Tablet PC Vofox ni .








13 Sila komen:

  1. macam best pula tab pc vofox tu..anak2 buah wana pun sama juga asyik nak minta beli tab..huhu..nak juga belikan tapi kena tengok result exam..

    ReplyDelete
  2. mcm2 jenama tablet di pasaran sekarang...

    ReplyDelete
  3. Banyaknya syarat yg mama mereka bagi, huhuhuhu...

    ReplyDelete
  4. nasib baik lah dia pandai urus masa main game waktu petang je kalau lah all day nak main game je mmg fenin :-)

    ReplyDelete
  5. boleh tahan harga tablet ni...mampu dibeli utk anak2 la ni yg minT SGT DGN DGN GAME...

    ReplyDelete
  6. budak2 zaman high tech skang ni gitulah !

    ReplyDelete
  7. yelah,..takut jugak bila dah ada tablet ni buat kanak2 leka..klu pandai menguruskan waktu,alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. Bebudak zaman teknologi canggih ni memang sukar nak dipisahkan dengan bahan teknologi ni. Ada juga yang bagus, boleh siapkan homework awal2. Kalau tak kempunan nak main game. Tapi kena kawal juga tu. =)

    ReplyDelete
  9. macam2 jemana tablet.ada yang murah dan mahal.bagus juga kakak vee buat syarat nak main game..kalau tak memanjang dengan tab je lah.

    ReplyDelete
  10. huhu, timm yg tua ni pun tringin tablet..huhu..

    ReplyDelete
  11. Budak-budak sekarang memang leka dengan gadget je. Kalau dapat pegang, memang tak ingat benda lain.

    Kesian kat Hanani, betul juga dia yang keluar duit lebih separuh tapi tak dapat sentuh pun tablet tu. Kalau tak diajar berkongsi pun, susah juga bila adik beradik ramai macam ni.

    Tapikan bukan mereka lima beradik je, Vee macam tu, anak-anak saya tu pun asyiklah bergaduh especially si kecil tu. Kalau dia pegang tab, memang Abang tak merasalah nak main. Kena lari masuk bilik main komputer pulak!

    ReplyDelete
  12. Sayapun ada tablet murah dulu, tapi cepat rosak, huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...