15 Tahun Sudah


Assalamualaikum ...


Di petang Ahad seminggu yang lepas 
my kakak beli bahan untuk memasak dan membuat kek .
Maka Hanani pun berbisik kat mak usunya ketika di dapur :

" mak usu , esok harijadi najwa . "

maka spontan je lah mak usunya jawab :

" tu sebab mama beli semua bahan tu . 
Birthday korang semua mak usu hafal tau . "

Yang kurang seronoknya tu bila birthday najwa 
jatuh pada hari Isnin .
Maka kelam kabut sikitlah nak membuatnya .
Kalau setakat masak nasi dan ayam 
di kala senja tu dah biasa .
Nak membuat kek tu yang kena ambil masa sikit .

15 Tahun Sudah


Najwa dilahirkan pada 23 Febuari 2000
15 tahun sudah umurnya .
My bonda 15 tahun dah dapat anak satu !
... hohohohoo
Sudah dara sunti kata orang zaman dulu - dulu .

Sambutan harijadi ke dua untuk bulan ini selepas Nabila .
Jom tengok apa hidangan yang vee sediakan untuk najwa .


15 Tahun Sudah

Nasi Tomato


Pertama kali vee buat nasi tomato .
Selalunya cuma tau makan je .
Maklumlah , kalau hari raya buat nasi tomato 
aka bab dok dapur ni 
selalunya dikuasai oleh my kakak - kakak lah .

Bila cek resepi nasi tomato ,
owh , rupanya lebih kurang sama je dengan nasi hujan panas .
Bezanya cuma gantika 3 warna tu dengan 
tomato puri atau sos tomato 
dan masukkan tomato yang dipotong dadu .


15 Tahun Sudah

Ayam Masak Masam Manis


Oleh kerana nasi tu dah guna tomato , sos tomato , tomato puri ,
maka gunakanlah lebihannya untuk masak ayam pula .
Kan dah jimat !
Serampang dua mata namanya .

Mesti korang pelik tengok kuah yang banyak tu kan .
Walaupun kuah aka sos ayam masak masam manis tu banyak 
tapi ianya pekat ya . 
Kat umah ni kuah / sos kena buat banyak .
Kalau tidak ada gak yang melalak sebab tak dapat kuah .
My anak buah kalau makan mesti melimpah kuah dalam pinggan .



15 Tahun Sudah

Acar Timun


Vee pilih untuk buat acar timun sebab 
lebih sesuai dimakan dengan nasi berempah .
Kemasaman cuka pada acar dapat kurangkan rasa muak .

Timun dan lobak merah vee sagat je .
Cepat dan senang nak kunyah .
Maklumlah ada yang dah kurang gigi .
... heh heh heh .


15 Tahun Sudah

Kek Ais Krim Red Velvet


Sebelum cari resepi kek red velvey
kat internet , vee tanya kat my kakak :

" camna nak buat kek red velvet yang fames tu ? "

" sama je macam kek biasa tu cuma letak warna merah . "

selamba je my kakak menerangkan .
kawan my kakak ada yang buka kedai kek .
jadi tak peliklah bila my kakak jawab macam tu .

Lepas tu , vee pi lah cari kat mr. google .
resepi pertama yang vee jumpa ,
memang hampir sama dengan resepi coklat moist .
bezanya cuma serbuk coklat digantikan dengan warna merah .
( maka betul lah my kakak kata )
Tapi ada penambahan iaitu sedikit cuka .

Korang perasan tak apa yang menarik pada kek tu ?
Ha ah , betullah !
vee dekor kek tu guna photo editor .
... bhahahaaaa .

Bila my anak buah tengok gambar kek tu ,
hanani kata :

" mak usu tipu . "

selamba je ku jawab :

" ni maknanya sel - sel otak mak usu sedang berhubung . 
bukan tipu cuma cantikkan guna photo editor je . "

... ayat tak boleh blah aka tak mau mengalah !
suka - suka den je lah kan .
... heh heh heh .

Sebenarnya tak lah susah mana nak dekor kek ni .
Cuma kena ada bahannya .
Dah kedekut nak beli bahan ,
maka guna je lah apa yang ada ye .
Janji kek tu sedap dimakan .

Oleh kerana malam 23 tu mak usunya dah letih banget 
maka kek itu dipotong dan dimakan pada esok petangnya .
Tu sebab dekonya ringkas sahaja .

Untuk resepi kek ais krim red velvet ,
kena tunggu tak de idea nak buat entry 
baru up kan resepinya ... 













9 Sila komen:

  1. selamat hari lahir buat najwa.. faveret tu.. sedapnya :)

    ReplyDelete
  2. sedap2 semua.. selamat hari lahir najwa :)

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir Najwa..dah 15 tahun...

    ReplyDelete
  4. Happy belated birthday untuk Najwa ^-^

    ReplyDelete
  5. Salam. Hee hepi besday na najwa. 😀

    ReplyDelete
  6. Memang lawo bunga lawang dihiasi gitu... Hi hi hi...

    ReplyDelete
  7. wahh.. sedap masakan mak usu untuk birthday girll.. :)

    ReplyDelete
  8. selamat hari lahir najwa..
    sedapnya makan2..kek aiskrim tu msti sdp sgt

    ReplyDelete
  9. Rajinlah Mak Usu layan anak-anak saudara. Yalah, dah tinggal sebumbung. Haruslah rasa macam anak-anak sendiri aje. Begitulah juga saya dengan dua anak lelaki my eldest sister. Dah macam adik beradik padahal jauh beza umur.

    Oh, ni memang sel otak terlajak berhubung ni, Vee. Main guna photo editor jerk menghias kek ya!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...