Tunjuk Perasaan


Assalamualaikum ...

Sabtu lepas , my kakak ada program di sekolah .
Maka mak usunya lah melayan kerenah 6 orang anak buah .
Sedang memasak di dapu , dengar abang berkata ;

" Nabila , ambik la makan baby . "

Selamba je nabila jawab ;

" ko amik susu , isi air , pastu kacau . "

Mak usunya yang dah dok kat meja makan 
selamba je menyampuk ;

" amboi bang , ko tak boleh buat ke . semua kena kakak yang buat ya . Orang lelaki tak payah buat kerja ke ... bla bla ... "

panjanglah mak usunya membebel .
geramlah dan nak mengajar dia 
bahawa tanggungjawab kena galas bersama .

Macam biasa , si abang pi tarik muka .
muncung sedepa , menapak naik masuk bilik .

" gedegang . " dihempasnya pintu bilik .

" dung ... " ditendangnya pintu bilik .

" aaaaaaaa ... " dia menjerit sekuat hati .

si kecik lari kebawah dengar si abang menjerit .

" amboi , bang . nasib baik mak usu malas nak menapak naik ni . "

menjerit lah mak usunya .

si abang dah pandai tunjuk perasaan rupanya .
dah mula nak tunjuk protes bila ditegur .
kalau si hanani yang tegur , confirm tangan sekali jalan .
hanani ni bukan sekadar garang , badan pun besar .

kami biarkan dia di atas melayan marahnya .
si nabila selamba jer main game kat tablet .
si kakak dan mak usunya melayan movie kat astro .
Masa tu movie komedi . kami gelak - gelaklah .
tetiba ternampak si abang dok kat tangga tengah .

dengan gelak mak usunya menegur .

" ai , bang , baru setengah jam . 
takkan dah boring dok dalam bilik . "

kami biarkan saja dia , boo layan lah kononnya .
ntah bila tak perasan , 
tetiba je nampak si abang dah duduk kat sofa .
ermmm ... dah sejuk lah tu .

macam biasa , 
mak usu masuk bilik beraktiviti dengan lappynya .
bila dengar baby ainul menangis , kuar jap .
maka inilah yang mak usunya nampak ...

Main ping pong


Tunjuk Perasaan

tak sangka dapat tangkap gambar bola ping pong tu 
... heh heh 
si abang yang gian nak main ping pong .
gigih dia membersihkan meja .
siap lap bagi bersih lagi .



Tunjuk Perasaan

nampak si kecik kat atas meja tu ?
si kecik yang dok mengacau 
sebab saja nak sakat si kakak hanani .
besar tak hanani ... 
jangan tanya banyak mana dia makan 
...... perghhhh .


Tunjuk Perasaan


si hanani yang dah tak tahan dengan si kecik .
dia pi kat si kecik tu dan goncang badannya .
si kecik pun makin seronoklah pi gelak - gelak .
sudahnya kena angkat dengan hanani yang giant .

si najwa seorang yang dah pandai main ping pong .
dia dah join kelab kat sekolah .
yang lain tu ... main hentam sajalah .
sudahnya semua boring sebab bola jatuh je .
layan je lah astro tu ramai - ramai ....














9 Sila komen:

  1. Hahaha...seronok ada anak-anak buah yang ramai..beginilah saya suatu ketika dulu, masa belum ada anak..terjerit sana sini bila kumpul kt kg..perghh

    ReplyDelete
  2. Tabah betul mak usu melayan . Bagus jugak si abang tak merajuk lama2.anak sedara saya kalau merajuk sampai tertido dalam bilik. Adik kecik dia pujuk pun dia buat tak tahu.

    ReplyDelete
  3. hehe..memang penat melayan kerenah anak-anak buah kan..macam2 peel..kalau wana kekadanga sampai naik angin juga malayan..hehe..

    ReplyDelete
  4. Kalau dah nama budak gitulah Vee.....sama jer ngan anak anak dara kat rumah ni. Buat kerja berkira huhu....Kadang kadang mls nak membebel, lastnya maknya yg buat sendiri

    ReplyDelete
  5. Budk-budak zaman sekarang panang akalnya tapi bila diorang tidur rasa senyap n sepi je rumah kan...hihi

    ReplyDelete
  6. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SAMBIL MELAYANI ANAK2 BUAH VEE...

    ReplyDelete
  7. hahhah..
    suruh hanani diet sikit..takut nanti dah remaja merentasi masa baru nak diet.lemak2 ni lagi lama lagi degil..susah ooo...heheh...bercakap dari pengalaman nih..;p

    ReplyDelete
  8. kerenah budak2 kan..layan je lah..mesti riuh rendah jek an hari2

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...