Ais Krim Kacang


Assalamualaikum ...

Bila dah masuk cuti sekolah ni , 
sambil - sambil tengok tv ,
mulalah buka topik apa nak makan .
Senang citer nak makan memanjang !

Ais Krim Kacang



Maka mak usunya menggeledah kabinet dapur .
jumpa kacang hijau yang dah berkurun tak terusik .
Alhamdulillah , masih cantik lagi .

Apa ? Buat taugeh ?
Belum ada rajinan lagi .
... heh heh heh .
Tapi my anak buah tahu step nak buat taugeh ni .
sebab mereka ada buat ujikaji masa sekolah rendah .



Ais Krim Kacang 


Maka mak usunya pun merebuslah kacang tu .
Of coz lah nak buat bubur kacang .
Tetiba si Najwa request nak ais krim kacang .
Teringat whipping cream yang masih berbaki dalam ais box .

Malam tadi , mak usunya hampir terlupa .
Bila tengok kat meja makan ,
rupanya dah berlaku aktiviti membancuh bahan ais krim .


Bahan - bahan Ais Krim Kacang 


Kacang hijau rebus
Whipping cream
Susu pekat manis

Cara Membuat Ais Krim Kacang


1- Rebus kacang hijau hingga empuk .
2- Sejukkan .
3- Putarkan whipping cream bersama susu pekat manis hingga kembang .
4- Gaulkan nombor 3 bersama nombor 1 hingga sebati .
5- Masukkan ke dalam ais box , biarkan hingga beku .

Ais Krim Kacang


Ikut plan asal , 
pagi ni bila campuran kacang hijau dah beku ,
nak masukkan ke dalam mesin ais krim .
Putar dalam tu biar teksturnya jadi lebih halus .
Rupanya dah tak sempat doh !

Bebudak dah melantak satu bekas ramai - ramai .
Nasib baik ada lagi satu bekas berbaki .
Dapat gak mak usunya merasa .

Musim panas ni , 
makan pencuci mulut yang sejuk - sejuk memang sedap weh !
Lagilah kalau makan beramai -ramai .

Ibuk - ibuk , kalau mahu coba ,
ya boleh saja .
Ngak susah kok .

Ni bukan sebab banyak tengok sinetron ya .
sesaja je nak menggayakan bahasa indon .
eh heh ... ada kok lak di situ .
Itu maknanya , 
saya orang jawa 
... heh heh heh .


Selamat bercuti ...








10 comments:

  1. Cuaca panas2 dapat makan benda2 sejuk..mmg nikmat...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum QV, wahh sedapnya. fav ni. kalau campur durian sekali. acaner la rasanya bila dibekukan jadi aiskrim. mesti nyumsss ~~~

    ReplyDelete
  3. saya tak pernah lagi buat ais krem kacang tapi suka beli ais krem potong perisa kacang,, kat umah selalu request ais krem milo,, plastik ais krem malaysia dah standby dah kat dapur,, nanti bila ada kerajinan baru buatlah sebab anak2 tak berapa suka selain daripada milo dan vico hihi..tq sharing

    ReplyDelete
  4. sodap tuh... lagi2 ngn musim pns skrg nih... tapi tak blh bedal banyak2 kang batuk2 lak datang menjenguk

    ReplyDelete
  5. untung lah ada mesin buat aiskrim..nak makan buat je..mcm2 perisa boleh buat..tapi..mesin tu MAHAL!

    ReplyDelete
  6. Oh, baru tahu orang Indon tak guna 'kok' di belakang ya?

    Aiskrim kacang hijau ni memang mengimbau memorilah. Baru tadi kawan sepejabat tanya sama ada saya nak ais krim kacang ke tidak. Dia ada 3 batang.

    Perut tak sedap, tak berani nak makan apa-apa. Rugi betul!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...