Belajar Buat Capati


Assalamualaikum ...

Hujung minggu lepas , ada sikit kerajinan .
Bukan den yang rajin tapi my kakak lah .
Den tengok je ... heh heh heh .

Belajar Buat Capati



Belajar Buat Capati


Selalunya kalau hujung minggu , ada banyak masa .
Boleh la kalau nak mencuba resepi itu dan ini .
Kali ini my kakak cuba buat capati .




Nilah tepung Atta yang digunakan untuk buat capati .
Tepung segera yang dah sedia ada di pasaran .
Sebelum ni buat capati guna tepung gandum je .
Ikut resepi sendiri dari my bunda .
Jadilah juga cuma kaler lain lah .



Belajar Buat Capati

Kat belakan paket ni ada resepi nak buat capati .
Moh kita belajar buat capati .


Resepi Membuat Capati


Bahan - Bahan Capati


450 gm tepung Atta
2 camca besar marjerin / minyak sapi
sedikit air suam dan garam .




Belajar Buat Capati


Cara Membuat Capati


1- Masukkan tepung Atta , marjerin / minyak sapi dan garam 
ke dalam mangkuk .
2- Masukkan sedikit demi sedikit air suam .
3- Campur dan uli semua bahan dalam beberapa minit 
sehingga menjadi doh .
4- Masukan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan tuala lembap . Biarkan selama 1/2 jam .
5- Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil 
6- Canai bebola doh hingga nipis di atas papan canai yang sudah ditaburkan tepung Atta .
7- Panaskan kuali leper dan masukkan capati . 
Balik - balikkan sehingga masak .


Belajar Buat Capati

Selalunya orang suka makan capati cecah kari kan . 
Ada juga yang suka cecah sambal dan dalca .
Tapi kami makan capati cuma cecah sambal telur hancur je .


Belajar Buat Capati


Senang je kan nak membuatnya .
Jadi susah cuma bila korang malas nak menguli lah .
... heh heh heh .
Jom lah cuba .







18 Sila komen:

  1. makanan sihat..tak berminyak..tapi makan sekeping rasa x puas, at least 2 kpg..hehe..

    ReplyDelete
  2. Wah..bestnya..buat capati sendiri..terbaek la.. :)

    ReplyDelete
  3. buat capati bancuh tepung bentukan bulat2 n canai saja ya...mudah tu tapi perlu rajin mcm qv.

    ReplyDelete
  4. Salam Qaseh...

    sebenarnya resepi awal capati langsung takder unsur lemak tu... takder magerin atau minyak atau apa butter... saya pernah tengok diorang buat... tapi sebab akibatnya capati tu akan keras kejung.. maka diorang tambah lah unsur2 minyak tu... tapi saya pun lebih suka capati berbanding roti canai yang kuahnya ialah minyak berlinangan

    ReplyDelete
  5. besnyer vee, boleh wat capati sendiri.. senang juga nak buatnya.. ingat susah sgt. bahan pn tak banyak

    ReplyDelete
  6. tang mengulitu akak lemah jugak.. ha.. ha...

    ReplyDelete
  7. beli yg siap,pastu balik panggang.. hehe.. makan ngan sambal ikan bilis.. layan..

    ReplyDelete
  8. Baru lepas raya cina... Dah nak deepavali plak ke? He He He...

    ReplyDelete
  9. Akak suka makan capati dengan sambal sardin..erm..dah la hujan nih..lapar tau..
    ketuk kepala dia...gahahahahahah

    ReplyDelete
  10. lya rsa klo cicah sardin pom sedap ni..

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak makan capati, nak try buat la ^-^

    ReplyDelete
  12. senang juga nk buat.. kalau cicah guna sambal ikan bilis pun sodap

    ReplyDelete
  13. Tetiba craving nak makan capati. Huaaa. Kena beli tepung tu. Nanti nak try buat kat rumah cuti nanti

    ReplyDelete
  14. Kalau malas memang semua pun tak jadi! Tak pernah lagi buat chapati sendiri, Vee. Kalau saya ni memanjang je tak first time, memang tak pernah *_*

    ReplyDelete
  15. untunggglaa tak payah ergi kedai mamak dah

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...