Hikayat Mee Rebus Jawa


Assalamalaikum ...

Den orang Jawa .
Membesar dalam masyarakat jawa 
yang pekat bahasa jawanya
dan menjadi bahasa rasmi seharian .

Tapi , sepanjang membesar di kampung,
den tak pernah dengar my bonda sebut tentang
MEE REBUS JAWA !
apatah lagi my  bonda menghasilkan mee rebus jawa
untuk santapan kami  sekeluarga !
... hah , macam mana tu ?

Satu hari tu pergi kedai makan .
Tengok menu , ada mee rebus jawa .
... MEE REBUS JAWA ?

 Bermula dari hari itu , 
den mula meneroka mee rebus jawa .
... rasa sama je dengan mee rebus biasa !
... bunyi tak puas hati tu .


Hikayat Mee Rebus Jawa


Ini prencah segera mee rebus jawa .
My kakak beli di Petronas , kalau tak silap .
Ni lah jadinya kalau lama sangat perap .
Otak pun jadi pekasam nak ingat semula .
Den terlupa lak nak snap resepi dibelakang paket tu .

Maka bermulalah pencarian tentang resepi mee rebus jawa .
Maklumlah , tak tengok pun my kakak buat.
Bila dah masak , terus bedal .
Amik gambar pun idak juga .


Hikayat Mee Rebus Jawa

Ini imej mee rebus jawa 
made in Indon 
yang den copycat dari mr google.

Kelainannya pada keledek.
Kalau buat mee rebus , selalunya kami guna kentang je.
Dan ada serbuk kari.
Mee rebus biasa ada kari ke?
Resepi kami tak ada kari .

Tetiba rasa tak puas hati lak .
Sebab apa ?
 sebab ada rempah kari yang dah tentu milik India bukan Jawa !
Tak taulah sapa punya idea cipta mee rebus jawa ni
tapi ada ciri-ciri mamak pula .

Berbeza dengan sambal jawa yang hanya guna santan .
barulah ori kan ...
... ermmm .

Orang lain tak ambil tahu pun pasal mee rebus jawa ni .
Den je yang sibuk melenting tak tentu pasal kan .
Suka hati den je nak merapu malanm ni .
... heh heh heh .


Salam malam jumaat geng ...






9 comments:

  1. lain pesen pula mee rebus jawa ya..mee rebus selalu juga dibuat...tapi mee rebus jawa xtau nk buat.

    ReplyDelete
  2. Sama macam mee bandung dan sirap bandung tak ada kat Bandung... He He He...

    ReplyDelete
  3. kalau sis JM buat mmg letak rempah kari sikit

    ReplyDelete
  4. akak buat mee rebus pun mmg tak letak rempah kari, tapi ubi keledek tu mmg wajib..

    ReplyDelete
  5. Masa isteri saya pergi Bandung dulu dia cuba cari mee jawa dan mee bandung di Bandung, tapi tak jumpa. Orang Bandung pun tak pernah dengar mee bandung dan mee jawa, hehehehe...

    ReplyDelete
  6. Salam mbakyu seng ayu muwi. Hee mugo2 diparengi apik ;)

    ReplyDelete
  7. Adoi, kenapa mentioned sambal jawa? Kan dah terkempunan, terliur nak makan! Ikan bilis hitam buat sambal jawa sedapnya!

    Again, mi rebus ni pun saya tak berapa berkenan sama ada guna kentang mahupun guna keledek. Rasa manis-manisnya tu buat saya hilang selera. Tak pernah pun dok ligat berfikir mi rebus ni betul asal orang Jawa ke atau apa!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...