ASSALAMUALAIKUM ...
Bibir wanita menyimpan seribu rahsia . Seulas senyuman di bibir wanita mampu menggoncang perasaan lelaki yang memandangnya . Bibir juga senjata untuk menggoda . Betul kan ! Lelaki akan jadi lebih gairah bila nampak bibir cam Angelina Joli , Zila Bakarin dan Julia Roberts . Lagi la kalau bibir tu merah bak delima merkah ... erkkk cantik ke ?
Cara Membentuk Bibir Seksi Menggoda
Sebenarnya , ada kaedah atau cara untuk membentuk bibir menjadi seksi . Manusia ni dilahirkan memiliki bentuk bibir yang pelbagai . Selalunya yang memiliki bibir nipislah yang ada keinginan untuk menjadikan bibirnya kelihatan seksi . Berikut adalah langkah - langkah yang anda boleh lakukan untuk membentuk bibir seksi menggoda .
Tips Membentuk Bibir Seksi Menggoda
Selain dari cara membentuk bibir untuk nampak seksi menggoda , ada juga tips yang anda boleh ikuti , Di bawah ni ada beberapa tips untuk dapatkan bibir yang tebal , licin dan bercahaya .
1. Bibir yang tidak bergincu nampak pucat dan tak menawan . Calitlah sikit gincu kat bibir ikut kesesuaian majlis dan tempat serta pakaian dan warna kulit korang .
2. Kalau bibir nak nampak lebih menarik , bibir perlulah berkilat dan bersinar . Warna merah jenis krim dan merah jambu amat sesuai untuk bangkitkan keseksian bibir .
3. Nak dapatkan bibir kemas dan cantik , korang cuma perlu gariskan bibir dengan pensil bibir khas sebelum sapu gincu kat bibir . Untuk dapatkan kesan terbaik , gunakan berus bibir kecil .
4. Jangan guna pensil bibir jenis matte ( tidak berkilat ) . Bibir korang kurang menyerlah dan calitannya akan buat bibir nampak tak bermaya .
5. Kalau nak gincu tahan lama , letakkan bedak debu ker , compact powder ker kat bibir sebelum kenakan gincu .
6. Letakkan kesan bercahaya kalau nak bibir nampak penuh lagi seksi . Korang cuma perlu guna dua tona serentak . Lapisan pertama , calitkan pensil bibir warna gelap , pastu barulah warna lebih cerah untuk lapisan ke dua . Pastikan korang beri tumpuan pada tengah bibir .
7. Guna gincu jenis gloss kalau bibir korang jenis yang kecil lagi mongel serta kurang menyerlah .
8. Gunakan warna silver , gold dan berkilau untuk serlahkan lagi bibir tu pada waktu malam .
Ada di kalangan korang memiliki bibir yang lebam secara semula jadi . Ada juga yang lebam disebabkan korang guna lipstik yang tak sesuai . Tapi korang jangan bimbang sebab ada cara nak hilangkan bibir lebam ni . Kalau korang nak tahu , klik SINI .
Atasi Bibir Yang Lebam
Ada di kalangan korang memiliki bibir yang lebam secara semula jadi . Ada juga yang lebam disebabkan korang guna lipstik yang tak sesuai . Tapi korang jangan bimbang sebab ada cara nak hilangkan bibir lebam ni . Kalau korang nak tahu , klik SINI .
GINCU NI EJEN KANSER..XYAH GINCU PUN BIBIR CNTIK ASLI SEMULAJADI...
ReplyDeleteTak reti!
ReplyDeleteperghh...seksi n menggoda...tapi prefer yg sederhana..
ReplyDeleteHahaha...dah jadi pakar bibir seksi dan menggoda dah ni, Vee *_* Saya dululah masa muda-muda memang rajin buat ni semua tapi sekarang ni main sapu je lipstick kalau nak cepat. Nasib baik juga bibir sekarang tak sesensitif dulu, takdalah asyik dok merekah sana-sini kalau tak dijaga elok-elok.
ReplyDeletesaya ni buat entry je . cubanya tah bila ... nak sarung cincin nanti kot ... ahaks .
Deletesaya belum tahap berani mencuba sebab takut tak jadi, nampak buruk. so selalu pakai lipgloss ikut bentuk asal bibir jer. Nak lukis bibir ni saya rasa nampak pelik hahahaha
ReplyDeletehttp://www.diarijejakahangat.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
ReplyDeleteJom Join
Dah lama tak pakai pewarna bibir.. huhu.
ReplyDeletesis pun cuma pakai lip care je ... heh heh
Deletemalulah bila orang spot tang bibir..hehe
ReplyDeletemalu nak buat..haha.. gitu plak kan..
ReplyDeleteSaya pakai lipstik tenyeh je. lepas tu katup mulut 2 @ 3 kali dah hehe...
ReplyDeletemmg menggoda bibir tu.. hehe
ReplyDeletekalau ada penerangna setiap langkah dari no 1 hingga 9 tu mesti lagi menarik!
ReplyDeleteJM x akai lipstik...dulu pernah pakai bibir jadi warna hitam
ReplyDeletesekarang cuba calit kalau pegi kenduri then rasa x selesa..rasa cam bibir tebal dan bukan seksi huhuhuh
ReplyDelete