Sikit Sama Dirasa


Assalamualaikum ...

Di satu petang di hujung minggu
man in the house pulang membawa 2 bekas polisterin 
yang di dalamnya berisi nasi minyak 
untuk santapan anakanda 5 orang .

Korang rasa cukup tak ?
Bila di campur , tolak dan bahagi ,
kena lak selera kanak - kanak membesar bagai johan ni ,
comfirm lah kan ... tak cukup !


Sikit Sama Dirasa

macam biasa , kena masuk dalam dulang .
masih nampak sikit juga .
maka si kakak najwa tambah dengan nasi putih .
Barulah nasi tu nampak menggunung .


Sikit Sama Dirasa


longgok semua lauk pauk yang ada .
daging masak hitam dan ayam masak merah .
Ada empat ketul je .
jadinya kenalah pandai bahagi 
... SIKIT SAMA DIRASA .


Sikit Sama Dirasa


owh , ada lagi lauknya ... alhamdulillah .
dalca yang penuh sayuran .
Dalca ini pun kena tuang juga dalam dulang .
Bagi semua orang rasa .


Sikit Sama Dirasa


Itulah lima tangan yang dah tak sabar
nak memyuap hidangan ke mulut .
Makanlah dengan berselera ya anak - anak .

Korang rasa habis tak ?
uhhhh ... 
mak usu gak yang melicinkannya .
Tapi hanya nasi ...
den ok je bab licinkan pinggan diaorang ni .
Kalau makan kat luar pun , 
keje tu juga yang den buat 
sebab den tak suka pembaziran
lagilah kalau benda tu libatkan RM .

Dulu masa zaman den kecik 
den tak merasa nak makan dalam dulang dengan adik beradik  
kecuali kenduri .
Kenduri orang jawa kan makan nasi ambeng .
Tetiba rindu lak nasi ambeng ...

Nak masuk ramadhan ni ,
mesti ramai yang buat kenduri kan ...
Orang kampung memang selalu buat kenduri ni .
tetiba masuk bab kenduri lak .
Dah terkeluar tajuk ehhh ...







11 comments:

  1. sedapnya... lebih sedap bila makan ramai2 macam ni :)

    ReplyDelete
  2. dulu masa zaman sekolah selalu makan dalam dulang dengan kawan-kawan sekolah..lagi-lagi time maulidur rasul

    ReplyDelete
  3. Bestnya bila makan beramai-ramai kan...selera pon bertambah!


    Nak free vitamin tak?
    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html

    ReplyDelete
  4. Bila dicampur mcm tu memang nampak sedap sis... makan ramai2 lah anak buah tu ye..
    sini pun sama, bila nak Ramadhan pasti kenduri sana sini...:)

    ReplyDelete
  5. Last makan dalam talam masa kecil dlu kat rumah sepupu. Sepupu ada pondok tempat orang mengaji, so memang praktik macam ni setiap kali makan. Sekarang ni cik Qaseh, tak sure lah. Rasanya tak dah kot. Teringat pula bila baca entri cik Qaseh ni. Hehehehe..

    ReplyDelete
  6. klu makan ramai2 camni, I mesti dapat sikit..sebab lambat makan..hehe

    ReplyDelete
  7. kreatif jugak idea tuang dalam dulang ni! menarik, nanti boleh cuba..

    ReplyDelete
  8. selalu dengar nasi ambeng.. teringin nak rasa..

    ReplyDelete
  9. makan ramai2 lebih berkat...
    sebab tu benda sikit pun cukup dan nikmat rasanya...
    (saya adik beradik ramai, biasa makan berkongsi, huhu)

    ReplyDelete
  10. pernah mkn kenduri dlm dulang.. xingat di mana. rasanya perlis.
    sama2 merasa lauk tu.. nampak sedap

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...