Assalamualaikum ...
Jam | Dalam bulan Ramadhan ini selalunya den terjaga seawal lebih kurang pukul 4 pagi . Pagi ini , first time dalam bulan Ramadhan mencipta sejarah bila my kakak kejutkan den pagi tadi . Dalam keadaan nyenyak tidur , tiba - tiba dengar bunyi pintu bilik dibuka bersama suara my kakak :
" tak nak sahur ke ? dah nak pukul 5 setengah dah . "
Terus je den bangun dan cuci muka . Tengok jam dinding dan pergi ke meja makan dan berkata :
" bukan nak pukul 5 setengah tu , memang dah pukul 5 setengah pun ! "
Sambil ambil nasi dan pinggan sambil jeling pinggan my kakak dan man in the house . Alkisahnya , mereka pun baru nak makan . Erkkk ... apa dah jadi ni ?
" cepat makan , dah nak habis waktu tu . "
My kakak turunkan arahan pada my anak buah . Confirm bebudak tu pun baru turun makan .
" tu mama bangun pukul 4 setengah . Kalau mama bangun pukul 5 ? "
My anak buah selambe jer makan . Den pun join my anak buah berjemaah makan dok kat sofa sambil layan tv . Tetiba si baby ainul yang sedang tidur sebelah den bangun , berdiri dan buku mulut .
" nak mamam juga ke ? "
Makanya , sambil den makan sambil menyuap baby ainul .
Bila jarum jam tunjuk pukul 5.41 , hanani terus je tukar astro oasis . Masa tu astro oasis sedang menayangkan orang mengambil wuduk .
" Hah , dah nak azan ! "
Maka kelam kabutlah my kakak habiskan makan dan minum . Seleps itu hanani tengok pula info waktu imsak di channel tu . Pukul 5.44 masuk waktu imsak bagi kawasan kuala lumpur . Masa ni my kakak dah duduk kat sofa .
Selepas habis orang mengambil wuduk , digantikan pula dengan alunan berselawat .
" Apasal tak azan lagi ? Kelam kabut mama minum tadi tau . "
" azan pukul 5.44 mama . "
den pun menyampuk sambil jeling jam . Jam masa tu dah tunjuk pukul 5.45 pagi tapi masih tak azan lagi . Si abang lak cepat - sepat pi topup air segelas lagi .
Bila azan berkumandang , den jeling jam . Jarum jam kat dinding itu menunjukkan pukul 5.49 pagi . Ermmm ... ni memang perangai my kakak dari dulu .
Dah sah my kakak cepatkan jam 5 minit !
Kerana JAM itu lah , kami hampir tercekik sebab minum air cepat - cepat termasuk den !
My kakak sengih je ... sabar je lah .
Meh le layan soto sup tulang ni . Sesapa yang nak kan resepinya , boleh klik SINI lah ya .
Wah sedap tu
ReplyDeleteadeh..mcm tu sekali..nasib baik sempat
ReplyDeletedalam keadaan macam tu rasa macam nak salahkan pencipta jam... ha ha ha...
ReplyDeletemomen sahur yg ada masanya mengelirukan tapi menyeronokan...
ReplyDeletexlist masih sempat kan.hihi. bagus juga kakak buat gitu.
ReplyDeleteSalam ramadhan,
ReplyDeleteAdapun hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,
إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمْ النِّدَاءَ وَالإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلا يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ
“Jika salah seorang di antara kalian mendengar azan sedangkan bejana (sendok, camca) ada di tangan kalian, maka janganlah ia letakkan hingga ia menunaikan hajatnya.” wallahualam.
hehehe..nasib baik masih sempat.. dan 5 minit tu ibarat tambahan masa pada waktu sebenar.. :)
ReplyDeletetrick la tu nak bagi orang cepat-cepat makan..sabar jelah.jangan berbuka lima minit awal dahla ye..
ReplyDeletehaha awalkan jam 5 minit...adehhh nasib baik sempat bersahur
ReplyDeletehahaha...jam bilik lya lak cptkan 15 min..klo x wak camtu.. mmg asik wak lmbat2 je.. nk bsiap ke..
ReplyDeleteadoiii...jam cepat 5 minit rupanya..haha...
ReplyDeletesedapnya soto tu...nangis tgk....
sama macam situasi sy je ni... hahaha
ReplyDeletememang bikin kalut bila dah nak habis waktu kan. selamat beribadah di bulan puasa.
ReplyDelete:-)) mujur cepatkan 5 minit..buatnya dia cepatkan 1 jam..haru biru lah jawab nya
ReplyDeletehahahaha kitaorang pun selalu macam tu cepatkan sikit masa supaya tak lambat... kalau dah sampai time yang sepatutnya apa lagilah pecut sebab dah sahle nanti lambat... apa lagi le kalau nak pegi kerja hehehehe
ReplyDeletesedapnya soto tulang tu
sedapnya soto tu...hehe.. btw pagi tadi sayapun x sure sy bgn minum air pkul 4.52 or 5.52.. mengantuk sgt mata. Minum 2 teguk pastu sambung tido. Rasanya x sampai skjp alarm phone dh bunyi pkul 6. hehe..
ReplyDeleteNasib baik sempat juga bersahur. Bagus juga cepatkan masa 5 minit tapi takut terlupa atau pada yang tak tahu tu, memang lintang-pukanglah nak mengejar masa!
ReplyDelete