Assalamualaikum ...
Terkilan | Beberapa tahun dahulu , beberapa hari menjelang raya , semua orang sibuk membuat persiapan termasuklah kami . Pada masa itu , my kakak belum buat keputusan bila nak balik kampung . Kami dah biasa balik kampung konvoi . My kakak , den dan my abang akan pulang bersama .
Persiapan Raya
Oleh kerana cuti sebelum raya yang my kakak dapat , sangat dekat dengan hari raya , maka my kakak buat keputusan untuk membuat persiapan dirumahnya dahulu sebelum pulang ke kampung halaman . Mengemas apa yang perlu dan menghias rumah sebelum pulang ke kampung . Malah my kakak berhasrat untuk masak juadah raya dahulu sebagai punjungan untuk my bonda di kampung .
Punjungan ni sebenarnya adat orang Jawa . Ia merupakan juadah raya termasuk kuih muih yang diletakkan di dalam mangkuk tingkat dan diberikan kepada ibu bapa , keluarga mentua , jiran tetangga dan saudara mara .
Sebenarnya pada masa itu , my kakak belum lagi membeli belah persiapan raya untuk dia sekeluarga . Jadinya kami habiskan masa satu hari untuk mendapatkan semua keperluan raya . Hari berikutnya pula mengemas rumah . Dari membersihkan segala yang perlu hinggalah menghias / mencantikkan rumah . Hari terakhir iaitu sehari sebelum menjelang raya , barulah kami sibuk di dapur memasak juadah untuk di bawa pulang ke kampung halaman .
Terkilan
Malam menjelang raya , selepas Isyak , barulah kami berangkat pulang . Perjalanan pada awalnya lancar sebab kami menggunakan jalan dalam melalui Putrajaya , Salak Tinggi dan masuk lebuhraya melalui Nilai . Apabila sampai di Seremban , jalan jem sehinggalah Air Keroh . Kerana jem itulah , kami sampai di kampung halaman pada pukul 2 pagi .
Apabila sampai sahaja di depan rumah bonda , den terkejut . Terkejut bila melihat tiada langsir ditingkap , tiada lampu pelita . Yang ada hanyalah suasana sayu dan suram .
Melangkah masuk ke dalam rumah bunda , tiada apa yang berubah . Tiada sarung kusyen baru , tiada jambangan bunga , lantai bersepah dengan daun kelapa dan ketupat separa siap .
Menjenguk dapur pula , hanya ada ayam masak ungkep di dalam kuali . Tiada juadah raya di atas meja makan apalagi kuih raya . Yang ada hanyalah beberapa juadah punjungan dari jiran tetangga .
Pada ketika itu , tak sanggup mahu melihat raut wajah bonda yang sayu , sedih suram tapi masih mampu melemparkan senyuman . Hanya dia seorang di rumah . Tiada cucu juga abang dan kakak den yang lainnya walaupun rumah mereka dekat saja . Hampir menitis air mata melihatnya .
Den tau , dalam hati my bonda sangat sedih walaupun dia tak tunjuk . Pada ketika itu , pertama kali bonda sambut aidil fitri tanpa arwah abah . Sudah tentu ada rasa hiba di hati bonda . Sungguh , kalau den tau akan jadi begitu , den dah balik kampung seawal mungkin !
Melangkah masuk ke dalam rumah bunda , tiada apa yang berubah . Tiada sarung kusyen baru , tiada jambangan bunga , lantai bersepah dengan daun kelapa dan ketupat separa siap .
Menjenguk dapur pula , hanya ada ayam masak ungkep di dalam kuali . Tiada juadah raya di atas meja makan apalagi kuih raya . Yang ada hanyalah beberapa juadah punjungan dari jiran tetangga .
Pada ketika itu , tak sanggup mahu melihat raut wajah bonda yang sayu , sedih suram tapi masih mampu melemparkan senyuman . Hanya dia seorang di rumah . Tiada cucu juga abang dan kakak den yang lainnya walaupun rumah mereka dekat saja . Hampir menitis air mata melihatnya .
Den tau , dalam hati my bonda sangat sedih walaupun dia tak tunjuk . Pada ketika itu , pertama kali bonda sambut aidil fitri tanpa arwah abah . Sudah tentu ada rasa hiba di hati bonda . Sungguh , kalau den tau akan jadi begitu , den dah balik kampung seawal mungkin !
Melihat keadaan itu , den sangat TERKILAN ! Terkilan sebab tak balik lebih awal , Terkilan sebab my anak buah di kampung tak tolong my bunda buat persiapan raya , terkilan sebab tiada sesiapa yang beritahu bahawa tiada siapa di rumah my bonda menjelang malam raya dan terkilan sebab adik beradik den yang lain tidak ada di situ .
Ala Kadar
Walaupun setelah den tiba , my bonda suruh rehat terlebih dulu sebab dah awal pagi dan ada yang sambung tidur , tapi den masa tu memang dah tak tenang di jiwa . Geram , sakit hati , marah dan rasa bersalah pada bonda , semuanya ada . Den cuba lelapkan mata tapi tak boleh .Hanya dalam pukul 5 pagi baru terlelap .
Selepas selesai solat sunat aidilfitri , den terus memulakan projek mengemas dan menghias . My kakak pula ambil tugas di dapur . Masak apa yang ada ketika itu . Kuih muih memang tiada lagi . Persiapan yang kami buat ala kadar saja . Pada tengahari barulah adik beradik dan anak buah yang berdekatan sampai . Kerana kesibukan melayan mereka merangkap sebagai tuan rumah , lewat petang baru selesai menghias rumah dengan sempurna .
Bila mengenang semula keadaan itu , menitis air mata . Den membayangkan jika den berada di tempat bonda , sudah bengkak mata den menangis . Merajuk dan jauh hati dengan anak - anak . Mau den tak buka pintu bila anak - anak balik . Tapi my bonda tak begitu . Walau hatinya terluka dan sedih , dia tetap senyum walaupun tawar .
Raya tahun ini , my bonda dah terlalu uzur . Semoga my bonda masih dapat merasai suasana raya dengan caranya sendiri ...
Maafkan kami ... BONDA .
sedihnya baca.. :( Semoga bunda sis terus diberi kesihatan dan kesempatan untuk meraikan kegembiraan aidilfitri bersama anak2 dan cucu2..
ReplyDeleteSedihnya.... tahun masuk 2 tahun raya tanpa mak... Al fatihah buat aruah mak dan ayah. Bila terkenang saat dahulu yang jarang balik kampung hanya kerana sibuk rasa terkilan juga sekarang sebab kalau balik kampung tiada mak yang menyambut... Buat mereka yang masih ada mak dan ayah balik lah menjenguk walau hanya seketika. Bila mereka dah tiada baru rasa kehilangan bila balik kampung.
ReplyDeleteSaya pun bila tengok mak yang semakin tua...rasa sayu pula...bukan apa...saya pun dok jauh...nak balik awal pun payah...raya tahun ni pula raya rumah mentua dulu...harap adik2 lain balik awal
ReplyDeletesebak pula membaca n3 qv ni sgt menyentuh hati airmata pun menitis di pipi...moga bonda qv beraya dgn gembira setelah insiden itu bersama anakcucunya yg tersayang.
ReplyDeletesedihnya baca sis..harap tahun ni tak berulang lagi ye..Ibu, mana nak tunjuk perasaan dia
ReplyDeletebila jadi camni, kita tak semena nak marah diri sendiri..
ReplyDeletesyahdunya cerita ni
ReplyDeletekesian bunda vee, pasti sayu sangat hati dia
tapi kasih bunda, hati bunda, dia lebih mengetahui
demi anak-anak dia ukir juga senyuman
kalau balik kampung lagi, sampaikan salam saya pada bunda vee ye
Sedihnya....mungkin itu yg arwah mak saya rasa dulu kalau kitaorang balik raya lambat...
ReplyDeleteSudahnya buat sistem giliran...saya dan abang. Keluarga salah seorang mesti ada waktu malam raya sebab masa tu arwah mak dah uzur utk buat persiapan raya.
ya Allah kak, menitis air mata ena.. Nak balik rumah! huaaaaa
ReplyDeletesebak je baca.
ReplyDeletesy thn ni beraya di pihak suami dulu.
adik adik d kg pon semuannya lelaki.
persiapn ala kadar saja.
yg pasti ma balut ketupat sensorang .huhuhu
Moga tahun kita masih sempat beraya bersama ibu kita.. ;)
ReplyDeletesedih sgt baca coretan ni.. xdpt bykna betapa sunyinya hati org tua... msa kita kecil2, rmh meriah dgn ank2.. bila dh bsr masing2 bjauhan..tgllah sendirian..tp selagi mrk ada..mesti hargai.... klo lya pon akn rsa sgt terkilan...
ReplyDeletewaduhhhh... sebakkkk
ReplyDeleteAlahaiiiii sayunya rasa hati.
ReplyDeleteOh, sedihnya Vee! Menitis air mata saya! Dahlah saya dari pagi tadi terasa syahdu bila mengenang tak dapat balik kampung minggu depan! Mesti Bonda Vee simpan aje dalam hati kesayuan hatinya tu. Bayangkan dia sendirian di rumah menjelang Syawal. Tentu sedih sangat rasa hati kalau kita sendiri berada di tempatnya. Perkara dah berlaku, tak dapat diulangtayang kembali. Moga selepas kali itu, tiada lagi Bonda Vee merasa kesepian!
ReplyDelete