Aidil Fitri Di Perantauan


Assalamualaikum ...

Salam aidil fiti kepda semua sahabat maya . Masa ni pasti korang semua sedang meraikan kemeriahan raya bersama family tercinta .

Dah dua hari blog bercuti . Bukan tak buka tapi sebab kemalasan yang teramat dicampur dengan mata yang sentiasa terpaku kat kaca tv dengan macam - macam program menarik , maka lappy terpaksa ditutup semula . Pagi ini , awal - awal dah paksakan diri buka lappy sebab tak ada program menarik kat tv . Entry ini sepaptutnya den dah publish pada hari khamis , sehari sebelum raya .


Aidil Fitri Di Perantauan


Tahun ini , den beraya di perantauan keseorangan . Keputusan yang den terpaksa buat demi kesejahteraan diri sendiri ... heh heh heh . Alhmdulillah , my adik beradik memahami . Den bukan hati kering tapi secara jujrnya hati den lebih free bila bersendirian di sini .

Kat sini walaupun bandar , mercun tetap meriah . seawal 8 malam mesti ada pertunjukan bunga api depan rumah . Jiran melayu sebaris memang tak balik kampung setiap tahun . Jiran sebelah lak , kampung kat klang je . Jadi kemeriahan kunjung mengunjung tu ada . Den ni walaupun tak keluar rumah , tumpang sekali suasana meriah tu sambil sedut bau satay ... Kat tempat den banyak warga pencen . Jadinya anak - anak mereka beraya di sini . Tu yang meriah tengok bebudak main mercun . Dah macam tengok bunga api kat putrajaya lak . Heheheee


Aidil Fitri Di Perantauan


Kad raya kat atas ni dari SS . Sebenarnya nak tunggu kad raya lainnya tapi dah posmen sibuk nak raya juga maka keluarkanlah dulu mana yang dah sampai . Maaf zahir batin ya SS sebab lambat post entry ni . Ko mesti tengah beraya dengan ehem , ehem ... heh heh heh .


Aidil Fitri Di Perantauan


Yang ini lak dari JM . Sebenarnya kad raya dari SS dan JM datang serentak . Mereka ni memang kembar tak seiras gamaknya . Semua main nak pakat sama sokmo . Den dengan JM dok sebelah jo . Kalau satu hari kad tak sampai memanglah posmen tu busy sokmo . JM beri den sampul duit raya sekali sebab den jadi antara pengomen tegar blognya .

Kalau korang tanya apa perasaan den sambut aidil fitri di perantaun , jawapan den mudah je ... den rasa lebih relaks . Den dapat elak banyak benda , hati den tak sakit dan den dapat bercuti sepenuhnya . Adik beradik , bila - bila masa je bolah jumpa . Rasanya tahun depan pun macam nak buat benda yang sama ... boleh gitu ? 


Islam kata : " Kalau sesuatu itu lebih baik kita elakkan , maka elakkanlah . " Itulah yang den lakukan sekarang ini .



Selamat Hari Raya ...




13 Sila komen:

  1. Selamat hari raya QV..selamat bercuti..follow your heart..be happy!!

    ReplyDelete
  2. Sekali baca macam ada kesedihan yang tersimpan... Apa pun selamat berhari raya ^-^

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya..nanti dtg lah ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Ada juga sesetengah kawasan di sekitar KL dan Selangor yang masih ada penghuni di waktu raya. Kalau kat tempat saya, memang sunyi sepi...hehe seram jugak kalau tinggal sorang.
    Apa pun yang paling penting, hari raya disambut dengan meriah

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya sis Vee...maaf zahir batin.macam sedih je bunyi, kat part raya sendiriran tu..tahun depan kita raya oversea lah jom..hehe

    ReplyDelete
  6. selamat hari rayo sis.. maaf zahir batin

    ReplyDelete
  7. dimana pun insyallah akan meriah.. bestlah jiran2 semua ada..
    taman rumah CT semua lesap.. tngh malam kami balik rumah sbb rumah tok dekat..
    sunyi sepi sayup..

    ReplyDelete
  8. Beraya sendirian pun semangat raya tetap ON kan Sis Vee :)

    ReplyDelete
  9. selamat hariraya mak qasehvee tuu, maaf zahir batinn ;p

    ReplyDelete
  10. banyak dpt kad raya dr blogger.. baru harini dpt BW tgk blog kwn2.. mood raya ada lg

    ReplyDelete
  11. Selamat hari raya maaf zahir batin. Apa pun keputusan yang dibuat semuga hanya tuan badan yang lebih mengetahui, tapi sementara ibu masih ada baliklah menjenguk jangan jadi macam saya.. terindu-rindu bila dah kehilangan.

    ReplyDelete
  12. Oh, begitu rupanya! Kalau dah itu yang memberi kepuasan di hati, ikutkan ajelah kata hati, Vee. Ada perkara memang kalau boleh kita elakkan, kita nak elak daripada terpaksa mengharunginya. Tapi kalau dah takda pilihan, nak buat macamana. Redah ajelah...

    Kalau saya jadi Vee kemungkinan besar ditemani air mata beraya sendirian ni walaupun itulah kemahuan diri. Dan kalau saya juga, tak mungkin dapat ikut keputusan sendiri; dah tentu-tentu berdering-dering telefon masuk suruh balik, kalau tak balik silap haribulan dihantarnya kereta heret bawa balik kampung. Itu kalau saya bujanglah. La ni dah berkeluarga, nak balik ke tak nak balik ke, sukahati hanglah :)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...