Kepulangan Di Nanti


Assalamualaikum ...

Kepulangan my kakak berhari raya di kampung membawa banyak cerita duka . Perkhabaran tentang pemergian juga mereka yang sakit . Besan my bonda meninggal dunia akibat kanser payudara . Suami my sepupu juga meninggal disebabkan kanser . 3 kanser sekaligus . My abang ipar buat operation lagi . My kakak ipar pula patah jari kaki . Sesungguhnya , ada berita yang menjadi kejutan sebenarnya . 

Disebalik kesantaian den beraya keseorangan di sini , rupanya KEPULANGAN DI NANTI di kampung . Tak pulak mereka telefon , sms atau sebagainya yang seumpama dengannya kerana menghormati keputusan den .

My kakak di JB sudah pulang ke kampung lebih awal dan membuat segala persiapan . Oleh kerana den yang masih bujang , maka den lah satu - satunya yang ditunggu . Kenapa yang lain tidak ? Sebab yang lain ada mertua / rumah sendiri . Korang faham - faham je lah .


Kepulangan Di Nanti
Buah tangan dari kampung . 3 biji . Kemayoran den mangan !


Bulan puasa lepas , my kakak ini pengsan dan dok hospital . Nak sebulan juga . Dia ni , kalau masuk hospital memang tak beritahu kami . Dia tak nak kami susah hati . Sebenarnya dia ada sakit kronik . Sakit yang digeruni ramai orang di dunia . Masa dia umr 20an dah buat pembedahan . Sekarang sakit tu aktif semula .

My kakak ni seorang balu . Ada dua orang anak . Seorang pelajar universiti dan seorang lagi nak ambil SPM . Alhamdulillah , kedua-duanya bijak - bijak belaka . Anak - anak dia dah biasa dengan sakit uminya . Dari mereka kecil sampai la ni , mereka dah redha .

Sebenarnya my kakak ni tak boleh berpuasa sebab perlu makan 10 biji pil dua kali sehari . Tahun ini dia cuba berpuasa juga tapi cuma dapat dua hari je . Lepas tu , terus dok wad . Sampai la raya , dia masih bercuti . My kakak ni memang keje hospital . Jadinya tak ada masalah dengan rawatan .

Apa yang den boleh buat sebagai adiknya , mendoakannya dari kejauhan , semoga my kakak semakin sembuh dan dipanjangkan usianya . Insha Allah , diberi kesempatan , kita akan bertemu nanti . Sesungguhnya , umi adalah insan terpilih untuk melalui ujiannya . Meskipun berat untuk menanggung , tetapi jika umi ikhlas dan redha menerimanya , insha Allah , syurga untuk umi di sana ...








20 Sila komen:

  1. semoga semuanya sembuh seperti sediakala..

    limau bali, cicah sambal kicap, sodap ni..

    ReplyDelete
  2. ujian Allah kpd kita ni berbeza-beza moga kakak qv tabah n Allah permudahkannya menempuhi takdir-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sendiri tak kawin lagi ni ... paling awal balik kampung sbb kena kemas rumah :)

      Delete
  3. wak dh lama x rasa limau bali tu mmg sedap lazat., ;p

    ReplyDelete
  4. Allah. Semoga semuanya baik baik dan cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  5. Bertabahlah.. DIA takkan uji kalau kita tak mampu nak menghadapinya.

    ReplyDelete
  6. ujian ALLAH...moga semuanya baek baek saja...

    Selamat Hari Raya, Mohon Ampun Dan Maaf Atas Segala Dalah Dan Silap...

    ReplyDelete
  7. semoga kakak QA sihat seperti sediakala...amin..

    ReplyDelete
  8. Ya allah semuga Allah menyembuhkan penyakit akak Qaseh.

    ReplyDelete
  9. seronok dpt kumpul adik beradik ramai2.. :)

    ReplyDelete
  10. Semoga diberikan kesembuhan....aamiin

    ReplyDelete
  11. semoga kakak sis vee akan kembali sihat ye..doa banyak-banyak ye.

    ReplyDelete
  12. smoga kakak trs diberikan ketabahn y tinggi utk mghadipi ujianNya

    ReplyDelete
  13. Berat dugaan kakak Vee tu tapi sesungguhnya memang dia sangat bertuah kerana menjadi insan terpilih menanggung dugaan hebat di dunia ini. Semoga kakak Vee sentiasa dikuatkan semangat menempuh segala apa yang mendatang.

    Ni nak tanya, kenapa tak balik kampung? Katanya orang bujang takda komitmen, kampunglah hala tuju bila tiba raya macam ni. Ada apa-apa ke ni Vee sampai tak balik kampung beraya? Tentu sedih bonda Vee salah seorang anak perempuan kesayangan tiada bersama di pagi raya :(

    ReplyDelete
  14. saya mendoakan yang terbaik untuk kakak Vee. semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...