Hikmah


Assalamualaikum ...

Bila den tak balik ke kampung untuk sambut raya , maka berlakulah insiden bidan terjun . Ya , den jadi bidan pada hari raya ke dua . Jadinya , pada setiap keputusan yang kita buat sebenarnya ada HIKMAH yang tersembunyi . Itulah urusan Allah .

Pada hari raya ke-2 , sedang den khusyuk menonton tv di petang hari , tetiba nampak my twiggy masuk melalui tingkap yang terbuka luas dengan membawa sesuatu dimulutnya  Den ingatkan anak tikus . Tetapi bila nampak benda tergantung dan bergayut , cepat - cepat den tangkap dia dan paksa buka mulut sebab yang dia bawa adalah babynya yang baru lahir bersama urinya .


Hikmah


Maka misi mencari kotak pun bermula . Bila dah jumpa kotak , terus je dia masuk . Babynya yang masih ada uri tu , den uruskanlah . Selepas itu lahirlah anak kedua . Oleh kerana ini dah kali ke empat dia bersalin , jadi den tinggalkan dia uruskan sendiri sebab den nak layan citer kat tv ... heh heh heh . Beberapa minit lepas tu den jenguklah lagi , adehhhh ... dia dah buat hal lagiiii . Kali ini dia bersalin atas lantai pastu tinggalkan anaknya . Selamba je dia pi urus anak yang dalam kotak . Maka tuannya ni juga lah yang uruskan . potong tali urinya dan masukkan ke dalam kotak .

Si Twiggy ni , setiap kali bersalin memang buat hal . Kali pertama bersalin dulu , dia main lari - lari . Jenuh tuannya nak tangkap sebab baby dah separuh keluar . Beberapa minggu lepas tu , dia dok sibuk pindahkan anak ke sana dan ke sini , sudahnya semua anaknya mati .

Kali kedua bersalin lak , anak - anaknya juga mati . Kali ketiga , lagi sadis . Sadis sebab tetiba dia balik rumah dengan perut yang kempes . Kami tak tahu tang mana dia bersalin . Tak tahu celah mana nak cari , kami redha kan saja lah . Harapnya kali ke empat ini , semuanya membesar dengan sihat dan dipanjangkan usianya . Nasib baik den tak balik kampung !

Hikmah


Selain dari si Twiggy , ada lagi 7 ekor kucing den kena temankan . Bukan setakat kucing , den juga kena jaga ikan my anak buah . Ikan ni kalau nampak den bukan main menggedik dia mintak makan . Bukan main suka lagi my anak buah bila den tak balik kampung sebab mereka tak perlu bawa ikannya ke hulu dan ke hilir , ikut sama beraya .


Hikmah

Kuih Bangkit Kelapa Susu . Sape nak resepinya , klik SINI .


Hari raya ke empat ( Isnin ) , tetiba den teringin lak nak membuat kuih bangkit . Sebenarnya den saja je nak habiskan kelapa kering yang masih berbaki . Kalu tak digunakan cepat , nanti berbau tengik ( ayat jawa sebab den tak tau orang melayu sebut apa ) .


Hikmah


Sedang den khusyuk menerap doh biskut , tetiba terdengar bunyi loceng . Sedang den mncari dari arah mana bunyi tu datang , tetiba rasa kucing menggeselkan badannya kat kaki den . Bila tengok , den dah agak doh . Kucing my jiran yang sudah mula jinak dengan den sedang memanjakan dirinya . Bergerak - gerak hidungnya bila bau kuih bangkit den yang sudah masak . Den cuba bagi nasi campur ikan . Laju je dia makan . Kucing ulu gebus ni sebenarnya cuma makan firskis je . Maksudnya , dia memang tengah lapar . Maklumlah tang raya . Dah tentu tuannya pi raya sakan kan .

Dapat juga den buat sesuatu yang berfaedah untuk makhluk lain bila tak balik kampung ni ^_^ .





10 Sila komen:

  1. Besar pahala tu jadi mak bidan. Lagipun kalau bela binatang, memang kene jaga kebajikan, makan minum depa. Semoga anak-anak kuceng tu semua sihat dan membersar dengan jayanya.

    ReplyDelete
  2. JADI BIDAN KUCING PULAK..PANDAI TU YG PENTING MENOLONG SESAMA MAKHLOK...SEDAPNYA BANGKIT KELAPA...MMG SUKA KUIH NI...

    ReplyDelete
  3. salam singgah dari akak ya... akak pun dah jenuh jadi bidan terjun dizaman bujang dulu.Sekarang ni dah malas nak layan.

    ReplyDelete
  4. kenapa tak balik sis.. beraya sendiri je ke kat rumah?

    ReplyDelete
  5. kena tutup segala almari dalam bilik, kalau tak dia bawak anak lagi haru biru..

    ReplyDelete
  6. maybe Twiggy tu msih remaja..kiranya dia bsalin sblm smpai wktu matang..biasa ade kucing camtu..mmg dia x pndai jaga ank.

    ReplyDelete
  7. Eh, Vee tak balik kampung ke tahun ni? Habis tu tinggal sendirian aje di KL ni?

    Wah, hebatlah Vee boleh jadi bidan lagi! Saya yang membaca potong uri, keluarkan baby, letak baby elok-elok aje pun dah ngeri. Ingat dulu masa buat matrikulasi, kawan saya terjerit terpekik ajak saya pi satu tempat ni. Ingatkan apalah rupa-rupanya dia ajak saya tengok kucing nak beranak! Dahlah saya ni penakut, namanya aje science student :)

    ReplyDelete
  8. macam best je kuih bangkit.. tak pernah rasa lagi kuih ni.. teringin juga merasenye.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...