Assalamualaikum ...
Seminggu ini , astro beri peluang pada pelanggannya untuk menonton hampir semua channelnya. Maka sehingga hari merdekalah dapat melenjan channel korea 394 dan 395 .
Ok gak channel korea 394 dan 395 ni . Cumanya , pada hari minggu lebih banyak berbentuk hiburan macam game show dan realiti tv lah . Kalau nak tengok drama , kena lah redha bila drama bersiri tu dah berjalan di tengah - tengah episod .
Sesapa yang nak tengok klik SINI
Melenjan
Sebenarnya , sebelum wujud drama korea kat tv malaysia ni , den melayan drama cina hong kong .
Sampaikan my arwah abah kata : cino , cino , cino ( sebut dalam bahasa jawa ) . Den kenal lah juga pelakon filem hong kong macam Andy Lau , Anita Mui , Jacky Chung , Maggie Chung , Chow Yan Fatt , Simon Yam , Tony Leung , Carena Lam , Sally Yeh dan ramai lagi lah . Habis semua channel yang ada drama cina den layan . Den memang kurang sikit dengan drama melayu dari dulu . Sebab tu , ramai je pelakon drama melayu yang baru , den kenal muka tapi tak tahu nama ... heh heh heh .

Bukan den tak sokong produk keluaran tempatan tapi produk tu sendiri yang pada pandangan den masih berada di takuk lama . Pi mai , pi mai tang tu juga jalan ceritanya . Mesti ada yang cakap , kalau nak drama lain dari yang lain , tulis skrip , arah dan terbitkan sendiri ... aiseyyy !
Den bukan nak kata apa lah kan . Bila den dah tengok banyak drama korea , banyak je drama dia yang ada unsur cinta tapi masih boleh belbagaikan jalan cerita tu jadi lebih mengujakan penonton . Drama korea juga bukan genre drama cinta sahaja malah pelbagai termasuk kisah masyarakat , dunia perniagaan , dunia korporat , genre action / spy serta lainnya . Drama kita pun ada juga genre tu tapi masih tak berjaya mengupasnya dengan baik sehingga boleh memberi kesan pada penontonnya .
Drama Korea 3 Days
Den memang respect dengan penulis skrip drama korea ni . Den beri contoh drama bersiri korea 3 Days . Drama korea 3 Days mengisahkan konspirasi untuk membunuh presiden korea . Sekarang ni ada ulang tayang di channel 393 . Bila den tengok drama ni , den terfikir ; tak adakah penulis skrip malaysia yang boleh menulis jalan cerita seperti ini ?
Tapi ada juga drama korea yang pi mai pi mai tang tu juga . Kisah suami curang , kisah perempuan berebut satu lelaki dan yang sewaktu dengannya sebab ajuma aka suri rumah korea katanya memang suka drama macam ni . jadi ratingnya tinggi ... heheheee
Mungkin juga sebab budaya . Dah dari kecik den dah hadap budaya melayu , bila tengok drama melayu , den dah boleh baca jalan cerita dan kesudahannya . Den layan juga drama melayu kadang - kadang tu . Tapi tengoklah apa ceritanya . selalunya telefilem lah .
Di Korea , perfileman ni satu industry . Industry yang menjana pendapatan untuk negaranya dan kerajaan korea menyokong sepenuhnya malah menyuntik dana satu masa dulu dengan tujuan untuk mengembangkan ekonomi dan menarik pelabur . Hasilnya , korea meledak keseluruh dunia ! Itu Formula PM nya yang nak meningkatkan ekonomi negaranya yang sedang merundum ketika itu . PM kita macam tak ada formula lak ... hiksss . Kat Malaysia , den tak tahulah perfileman ni dianggap sebagai industry atau sekadar hiburan ...
Mak ai ... melenjan betul den mececeh ni . Cukuplah ya . nanti peminat tegar drama melayu maki habis kat den lak . Tadah je lah kan sebab pandapat setiap orang itu berbeza . Di atas tu dari sisi pandangan den . Mungkin pandangan dari orang lain pula berbeza ... terimalah cecehan den ni seadanya ya . Dah blog den kan ... ahaks !

drama korea ada yg amat seronok ditonton.
ReplyDeleteselamat menonton ye sis..
ReplyDeleteSepanjang ari smlm layan astro... he he he...
ReplyDeletedrama Melayu ada jugak yang menarik...tapi sangat jarang. Samalah kita, suka tengok cerita Cina..puas kena marah tengok TV time Maghrib. hihi
ReplyDeletelohh..JM baru tahu pasal siaran Astro ni open free channel yg lain..patutlah Channel 130 dulu x dpt mlm ni dpt...hoyee...kalau channel korea tu mmg langgan...minat korea katakan hiksss
ReplyDeleteSaya jarang juga tengok cerita luar yang dari Asia...cerita orang putih selalu juga.... tapi antara yang top Running Man la... hehe
ReplyDeletesaya layan semua genre filem korea ;-)
ReplyDeletedrama 3 days ni memang best..sangat suspens...
ReplyDeletesuspen je tajuk lenjan tu :p ... suka citer korea gak :)
ReplyDeletesementara free..lenjan ajer ler ye QV..
ReplyDeletebestnyer dpt tgk muvie macam2 tu mak kann., ;p
ReplyDeleteDrama korea the best
ReplyDeletewahh bestnyaaa kalau ada kat rumah sekarang... boleh lenjan TV habis habisannn
ReplyDelete