Kerana Laksa


Assalamualaikum ...

Kerana Laksa | Sapa tak suka makan laksa angkat tangan . Ada seorang my in law dan suami niece yang tak suka makan laksa sebab ada bunga kantan . Bagi den lak , bunga kantan memang owesome . Den kalau balik kampung , memang rembat bunga kantan pastu tumis dengan cili padi bersama ikan bilis . pedas memang kaw - kaw punya . My uda suka sangat walapun setiap kali makan , dia akan usap telinganya sebab kepedasan !


Kerana Laksa


Laksa 


Ada pelbagai jenis laksa di Malaysia ni . Antaranya Laksa Penang , Laksa Sarawak , Laksa Johor dan di belah pantai timur mereka namakan Laksam . Antara semua jenis laksa ni , den suka amt dengan laksa penang walaupun den orang johor . Dari awal den kenal laksa , laksa penang lah yang den makan dan laksa penang juga yang kami selalu buat di ruma . bila dah besar baru tau wujudnya laksa johor tapi den tak berapa berkenan sebab guna santan sama macam laksam . Bab laksa sarawak lak , den tak pernah makan pun .


Resepi Asas 


Resepi asas laksa adalah ikan rebus , mee laksa , bunga kantan , daun kesum , cili kisar , dan timun , bawang besar , kacang panjang , daun selom , dan daun kesom  yang dicincang , telur rebus , sambal belacan dan limau kasturi .

Kuah

Bila sebut laksa je , automatik orang tahu kuahnya diperbuat daripada ikan rebus dan dicampur dengan air asam jawa , bawang besar , bawang putih , halia , lengkuas, udang kering yang dikisar halus juga cili boh dan garam , sebagai perasa . Macam - macam jenis ikan korang boleh guna . Yang selalu orang guna adalah jenis ikan kembong . Den pernah jumpa kuah laksa dari ikan sardin dan juga ikan masin . Rasanya , sedap juga .

Kuah ni kalau korang campurkan serbuk kari dan santan akan jadi Laksa Johor . Kalau korang campurkan dengan santan saja , akan jadi Laksam .




Kerana Laksa

Kerana Laksa


Ni den nak citer pasal video kat atas tu . Wajah mereka bertiga tu berbeza reaksinya kerana mereka merasa laksa . Kenapa jadi macam tu ? Korang tengoklah sendiri . Tak thrill lah kalau den ceritakan . 

Ni je lah entri ringkas den hari ni sebab den nak tukar template yang lebih mesra phone . Template yang den guna sekarang ni , webmaster tool den tak boleh nak baca ... sadis wooo . Sambil - sambil tu nak bayar hutang blogwalking .







36 Sila komen:

  1. peminat laksa penang ya...kantan ni ada yg xsuka sbb kalau dimakan berangin satu badan...tanpa kantan xsedap pula rasa laksa.

    ReplyDelete
  2. laksa kak yan punya feveret..kuah mesti lebih...

    ReplyDelete
  3. Saya suka laksa...laksa johor..laksa penang..laksam...eemmmm

    ReplyDelete
  4. nk tergelak bila dgr komen dorang pasal laksa...ada yg ckp rasa cam ubat...leh lak tanya ada letak pil cit kit tek aun...aduss lah

    ReplyDelete
  5. ada yg x suka bunga kantan dalam laksa....x de bunga kantan bukan laksa namanya...suka bunga kantan.,.wangi...buat kerabu sedap nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah JM ,klu x de bunga kantan mmg bkn laksa ...

      Delete
  6. laksa paling sedap ialah laksa yg JM masak sendiri ehehehe

    ReplyDelete
  7. asam laksa ampang park pon wak layann., hehe2

    ReplyDelete
  8. Ada ke orang tak suka laksa? hehehe... Sy suka. Laksa penang, laksa kedah, laksa sarawak, laksa johor... semua makan! Laksamana je tak makan huk huk!

    ReplyDelete
  9. assalam
    sy suka laksa terengganu n laksa penang.peberet sangat

    ReplyDelete
  10. Laksa memang best. Den ok jer dengan bunga kantan. Kalau buat ulam pun sodap

    ReplyDelete
  11. Salam ukhwah Qaseh Vee,

    Rugi sapa x suka makan laksa especially kalau laksa tu super sedap..
    Best!

    ReplyDelete
  12. semua laksa sedap ... sukanya makan laksa :)

    ReplyDelete
  13. nad pun suka makan laksa sebab bunga kantan tu..aumm..

    ReplyDelete
  14. layan semua jenis laksa..laksa johor dah lama x makan..

    ReplyDelete
  15. laksa sedap sekali. Bunga kantan tu kalau buat masak asam pedas fuh hoooliau beb.

    ReplyDelete
  16. Laksa Johor laksa paling rumit dan antarabangsa sebab pakai spageti.

    ReplyDelete
  17. suka laksa penang ! mak nina memang kaki laksa. hehee
    laksa joho xsuka juga sbb ada santan

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...