Cara Mudah Merawat Lingkaran Hitam Disekeliling Mata


Assalamualaikum ...

Cara Mudah Merawat Lingkaran Hitam Disekeliling Mata | Apa pun pacaindera yang ada di wajah , ianya akan menjadi fokus utama bila orang pandang kita . Makanya , kalau ada yang tak kena pada wajah kita , sudah tentu kita akan rasa kurang keyakinan , malu dan sentiasa resah terutama pada mata dan pipi ( jerawat ) .


Cara Mudah Merawat Lingkaran Hitam Disekeliling Mata





Lingaran Hitam Disekeliling Mata


Lingkaran hitam di sekeliling mata terjadi atas banyak sebab selain ianya wujud secara semulajadi atau sejak anda lahir ke dunia atau ada buku lima singgah di mata ... heh heh heh . Antara faktor penyumbang kepada terjadinya lingkaran hitam disekeliling mata mengikut kajian Dr. Aqilah


Petua Merawat Lingkaran Hitam Disekeliling Mata


Cara Mudah Merawat Lingkaran Hitam Disekeliling Mata


Ada beberapa cara mudah merawat lingkaran hitam di sekeliling mata menggunakan bahan semula jadi yang boleh anda gunakan . Antara bahan dan cara menggunakannya adalah seperti berikut :

1- Timun 

  • Hiris timun , tekapkan pada mata . Biarkan ia semalaman sehingga anda bangun dari tidur 
  • Parut timun dan letakkan di sekeliling mata . Biarkan selama 30 minit atau 1 jam .
  • Buat jus timun dan sapukan di sekeliling mata . Biarkan selama 10 hingga 15 Minit .

2- Tomato


Letakkan jus tomato bersama daun pudina . Lakukan sekurang - kurangnya dua kali sehari selama mana yang anda selesa . 

3- Uncang Teh Sejuk


Uncang teh yang anda sudah gunakan itu , sejukkan sebentar di dalam peti sejuk . Selepas itu boleh lah letakkan pada mata anda sementara anda sedang berehat .

4- Susu Kacang Badam


Letakkan pes kacang badam yang sudah dicampurkan dengan susu pada kawasan lingkaran hitam di sekeliling mata . Lakukan selalu untuk dapatkan kulit di sekitar mata yang lebih cerah .

5- Kentang


  • Sapukan jus kentang dan jus timun di kawasan lingkaran hitam sekeliling mata
  • Parut kentang dan sapukan pada mata .
  • hiris kentang , tumbuk , kemudian letakkan pada kain nipis dan tekapkan pada mata .
Lakukan dengan kerap selama 15 minit setiap kali rawatan kalau nak nampak hasilnya dengan segera .


Mata den ni ada sikit lingkaran gelap kat bawah mata . Macam gambar kat atas tu atas faktor keturunan kot . Dah kurang kollagen pun ya juga . Dah tua kan . Tu yang den melenjan cari maklumat di google ni . Ada satu website milik Dr. Aqilah ni dia cadangkan menggunakan kentang  merawat lingkaran hitam sekeliling mata untuk hasil yang segera . Moh le cuba ye kawan - kawan .







15 Sila komen:

  1. HMM KALAU RAJIN MERAWAT MUKA MESTI CANTIK SENTIASA...

    ReplyDelete
  2. Terimakasih kongsi info...anak dara kakak hadapi msalah ni dah lama...ke memang faktor keturunan?

    ReplyDelete
  3. xcukup tidor juga adalah antara penyumbangnya...

    ReplyDelete
  4. JM x de masalah tu tapi skrg ni tgh berperang dgn jeragat huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuci muka dengan cuka epal . pastu bubuh jel aloe vera / lidah buaya kat jerawat utk kecutkan ...

      Delete
  5. yang guna selalu timun..hehe..tapi tu pun kadang-kadng

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...