Assalamualaikum ...
Aura Maruku | Hari ini hari Deepavali . Rasanya ramai antara kalian yang megambil peluang cuti panjang persekolahan untuk pergi bercuti dan pulang ke kampung . Kenduri kahwin , of coz lah ada kan . Den kat sini melayan anak buah yang sentiasa banyak ragam dan kerenah . Selepas jadi yatim piatu , mereka lah tempat den bermanja dan berhibur .
Idea nak buat maruku tu spontan je . My kakak pilih acuan maruku untuk cetak mee . lepas tu den ambillah mee yang tak berapa nak menjadi tu dan goreng dengan daun kari . Pastu den taburkan sikit garam dan serbuk lada sulah dan makan . Aura maruku deepavali udah mai lah ...
Masa den suruh hanani goreng maruku , jawapan yang dia bagi :
" saya tak suka makan maruku la mak usu . "
adik - adiknya yang lain pun angguk sama . den pun selamba je cakap :
" ni bukan maruku tapi mee yang mama buat guna acuan maruku . Cubalah goreng . manalah tau sedap dimakan . "
mereka buat dek je . maka mak usunya yang semangat nak makan tu , terus je pi dapur dan goreng . bila den dah tabur garam dan serbuk lada sulah , den pun cuba makan ... memang sedap kooo ... bila my kakak rasa , dia pun suka .
Maka den dengan my kakak dengan sengajanya menayang kat my anak buah memakan maruku itu dengan gaya penuh kelazatan di sofa . Akhirnya , my anak buah pun kata sedap ... kan , tak cuba , tak rasa , jangan kata tak sedap !
Senang cerita , mee tu kalau masuk sup jadilah mee sup , kalau masuk minyak panas , jadilah maruku . Rangup dan enak . Raya tahun depan dah boleh buat maruku sendiri , biskut semprit dan tart nenas dengan mesin ni .
----------------------------------------------------------------------------
My kakak sebenarnya sedang mencuba mesin buat mee yang dibeli oleh man in the house . Dah alang - alang cuti dan my anak buah lak nak itu dan ini untuk isi tekak tu , maka projek pun bermula .
First time cuba buat mee guna resepi asal , mee tak berapa menjadi . Ada kes lak , adunan langsung tak masuk ke dalam pencetak . Kiranya try and error resepi buat mee lah . Ubah suai resepi asal buat mee yang dibekalkan bersama dengan mesin buat mee tu
Ada macam - macam acuan mee yang dibekalkan bersama mesin buat mee ni . Antara acuan mee yang dibekalkan adalah acuan mee spagetti , acuan mee hoon tapi kasar sikitlah , acuan kuih semprit , dan acuan maruku .
Acuan kuih semprit tu boleh juga dibuat kuih tart . Off coz lah bahan adunan tak sama dengan mee ya . Buat adunan biskut kena guna bahan buat biskut lah . Den letak pes kacang merah dalam tart tu . Sedap wey rasanya ... sorrylah , korang cuma dapat baca je ... heh heh heh .
nice sharing
ReplyDeleteMehh sini bermanja dgn SS meh... He He He...
ReplyDeleteIni sape yang beraya nih? Keh Keh Keh...
ReplyDeletemesin mi yg boleh buat mcm2 kuih ya..bagusnya kalau ada satu...
ReplyDelete3 in 1 ..rajin lah maksu lepas ni
ReplyDeleteWah multitasking ye kegunaannya Vee.... Nampaknya tak sia sialah man in the house beli benda tu.
ReplyDeleteTeringin pulak nak makan maruku yg sedap...
Yg kuat rasa kari....ohhh
wahh..bagusnya, boleh buat macam2..
ReplyDeletemaaf salah presepsi tak kirain aura Maluku sebuah pulau di timur Indonesia tak taunya Aura Maruku nan lezat sangat
ReplyDeletesedap samprit tu
ReplyDeleteWah ,boleh pelbagai kegunaannya.
ReplyDeleteKiranya muruku hasil idea spontan lah ya....sedap je kalau dah digoreng ,lagilah mkn ramai2.
mantap dah
ReplyDeleteok lah..mesin ni byk fungsi..blh buat mcm2
ReplyDeleterajinnya sis... nampak pun sedappp.... byk kegunaan kan mesin ni..pelbagai guna.. :):)
ReplyDeletebijak betul buat muruku versi sendiri ye..tapi sis Vee memang tngan berbakat kot, masak apa pun jadi
ReplyDeletevee dengan kakak memang kreatif ... mee jadi maruku ... acuan mee buat semprit dan tart. thumbs up :)
ReplyDeleterajinnya buat maruku
ReplyDeletesemprit ke tu? panjang nyerrrrr ;-)
ReplyDeleteAla macam sedih ja bila sis cakap bila dah yatim piatu ni.. xpa sis masih ada kakak ngan anak2 buah utk bermanja.. boleh wat bisnes kuih raya lah nanti ye sis..
ReplyDeleteehehe ingatkan maruku semperit tu.. rupanya function mesin =D
ReplyDeleteWah, noxxa punya. Mahal tu, teringin nak dapatkan satu ^-^
ReplyDelete