Drama Korea - Divorce Lawyer In Love


Assalamualaikum ...

Drama Korea - Divorce Lawyer In Love | Kalau korang tanya den , genre drama korea yang macam mana yang den suka tengok , jawapan den adalah genre komedi romantik . Genre ni boleh buat den gelak - gelak sambail layan perasaan ... heh heh heh .


Drama Korea - Divorce Lawyer In Love




Drama Korea - Divorce Lawyer In Love


Divorce Lawyer In Love ni mengisahkan Jo Yeo - jeong dan Yeon Woo - jin yang sering bertelagah apabila cuba menyelesaikan kes yang diberikan . Watak heroin , Go Cheok - hee pada asalnya merupakan seorang peguan penceraian terkenal di Seoul . Ketika mengendalikan kes terakhirnya , beliau telah dipergunakan oleh plaintaif untuk mencapai hasratnya . Akibatnya , lesen guaman beliau telah digantung kerana melangar etika seorang peguam . 

Ekoran kejadian itu , watak hero So Jung - woo yang menjadi pembantunya ketika itu telah dipersalahkan kerana Cheok - hee merasakan Jung - woo telah lalai ketika menjalankan tugasnya . Ekoran sikap barannya , Cheok - hee telah memecat Jung - woo . Selepas di pecat , Jung - woo telah masuk ke kolej undang - undang . Manakala Cheok - hee pula telah pulang ke kampung halamannya dan membantu ayahnya menjual ikan di pasar .


klik je kalau nak tengok ya ...


Selepas 5 tahun berlalu , Cheok - hee bertemu dengan rakan setugasnya yang sedang bercuti ditempatnya apabila dia menghantar ikan ke penthouse rakan tersebut . Rakan setugasnya satu masa dulu itu kini telah memiliki syarikat guamannya sendiri . Maka , beliau pun mempelawa Cheok - hee bekerja dengannya sebagai pengurus pejabat .

Pada hari Cheok - hee melaporkan diri , Jung - woo yang baru saja mendapat lesen guaman juga melaporkan diri di syarikat yang sama . Maka bermulalah episod drama tikam lidah antara mereka . Merek juga terlibat dalam cinta tiga segi .

Kalau nak tahu lebih lanjut , korang kenalah saksikan sendiri di Astro One HD saluran 393 pada setiap malam jam 6.45 petang , ulangan pada jam 7.15 pagi dan 12.35 tengahari dan pada hari minggu .


8 Sila komen:

  1. anak dara wak sukak tenok drama korea camni., hikhik2

    ReplyDelete
  2. Semenjak dua menjak ni tak berapa sempat nak tengok cerita korea :(

    ReplyDelete
  3. Akak suka juga cerita korea tp sekarang ni jarang dapat tengok selalu berebut chaƱel dgn anak2

    ReplyDelete
  4. Tak suka tengok cite Korea....mungkin sedap kot kalau layan...Tp tulah...mls nak layan takut kang dah bersawan susah nak berhenti.

    ReplyDelete
  5. nice review ... macam best jer, nanti free nak layan gak la ;)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...