Jamu Dari Ladang


ASSALAMUALAIKUM ...

Jamu Dari Ladang | Orang zaman sekarang bila sebut pasal jamu jer ... semua tunjuk muka berkerut . Yang terlintas kat kepala dia orang ialah pahit . Tapi kalau makan yang bentuk kapsul tu , tak de masalah lah . Tapi kalau nak kekal langsing , awet muda dan muka berseri - seri , kenalah berani cuba .

Jamu Dari Ladang



Den pernah tanya dengan arwah bonda , kenapa orang perempuan zaman dulu badannya ramping je . Jawapan arwah my bonda mudah je . Orang dulu wajib makan jamu . Makan jamu mula dari belasan tahun lagi . Mak mereka buat jamu sendiri dan paksa mereka minum .

Selain tu mereka juga sentiasa pakai bengkung . Kalau korang pernah tengok cerita Indonesia atau pergi Indonesia nampak makcik yang pakai kebaya pendek dan ada nampak kain hitam diperutnya , itulah bekung tradisional orang zaman dulu .

Kat sini den nak kongsi buat jamu yang mudah . Antara bahannya :

1 inci kunyit hidup
1 inci lempoyang 
1 inci buah cekur
1 inci halia
1 cawan air masak

Caranya senang jer . Semua bahan kat atas ditumbuk lumat atau kisar . Pas tu pi tapis , ambil airnya . Minumlah setiap hari sebelum tidur dan sebelum sarapan . Boleh je tambah air kalau rasa pekat sangat .

Kalau korang rajin buat , korang akan dapat wajah yang berseri , kulit yang cantik mulus dan badan yang langsing . Ada berani ?

Rasanya maung sedikit dan pedas . Pokok lempoyang tu my kakak di kampung ada tanam . Buahnya sama je macam buah kunyit tapi rasanya lain . My abang pernah ambil buah lempoyang yang disangkanya kunyit . Pastu letak kat ikan , pi goreng . Si adik , den dan my abang seorang lagi yang kelaparan baru balik dari sekolah terus je makan ... apasal pelik je rasa ... hahahaaa . Masa tu my arwah bonda ke KL jengok my kakak di HKL .



6 Sila komen:

  1. Lempoyang juga menambah selera makan...
    Hihii kesian adik2 dah tentu pahit ikan gorengnya.

    ReplyDelete
  2. pook lempoyang tu macam mana rupanya? ubat memang rasa tak sedap, tapi berkesan..

    ReplyDelete
  3. cekur pernah tanam..lempoyang tak tau pulak macam mana rupanya.
    Kalau jamu, biasanya telan kapsul. Kalau buat sendiri mesti lagi terjamin khasiatnya.

    ReplyDelete
  4. Ada juga minum air halia yang tukang urut buat sendiri....minum suam2...sedap juga...sebab sedang2 jer bahannya...

    ReplyDelete
  5. Habis tu ...orang yg tak ramping mcm mak ni camne Vee... Agaknya berapa pinggan nak telan jamu? Huhu....

    ReplyDelete
  6. mmg terbaik petua org lama ni..
    kwn pon ada aml minum air kunyit..mmg awet muda

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...