Official Trailer Filem In The Heart of The Sea


Assalamualaikum ...

Official Trailer Filem In The Heart of The Sea Pernahkah Anda membaca buku Nathaniel Philbrick‘s yang berjudul In the Heart of the Sea: The Tragedy of the Whaleship Essex? Filem ini berkisar tentang apa yang diceritakan oleh buku tersebut .


Filem In The Heart of The Sea



Official Trailer Filem In The Heart of The Sea


Filem  In the Heart of the Sea diarahkan oleh Ron HowardPemain utama pada film ini adalah Chris Hemsworth (Owen Chase), Cillian Murphy(Matthew Joy) . Filem  In the Heart of the Sea  ini juga dibintangi oleh Benjamin Walker, Tom Holland, Brendon Gleeson, Ben Whishaw, dan Jordi MollaFilem In the Heart of the Sea akan mula diayangkan di pawagam pada 3 Disember 2015


Filem In The Heart of The Sea

[OFFICIAL TRAILER] In The Heart of The Sea: Believe To See Things That No One Else Would See


Kalau korang tengok official trailer  Filem  In the Heart of the Sea di atas , sinematografi-nya memang menarik juga hebat . Malah aksi - aksinya nampak seperti real sama ada pergerakan kapal , gerakan ikan paus , air laut juga keadaan anak kapal . 

Sinopsis



New England , pada musim sejuk di tahun 1820 , sebuah kapal Essex diserang ikan paus .  Ia adalah satu peristiwa yang luar biasa kerana ikan paus yang menyerang berukuran raksasa seolah - olah menggambarkan ingin membalas dendam terhadap manusia. Bencana dilautan yang sering berlaku telah menginspirasikan Herman Melville’s menulis buku Moby-Dick tapi itu hanya menceritakan sebahagian dari cerita asal .  
Filem In the Heart of the Sea mengungkapkan kisah mengerikan tentang kejadian yang berlaku pada anak kapal yang terselamat . Bagaimana mereka terpaksa melakukan sesuatu untuk meneruskan kehidupan . Mereka bukan sekadar menantang badai, kelaparan, panik dan putus asa, malah mereka mencari arah pada laut yang terbentang luas untuk keluar dari serangan paus yang besar .


11 comments:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...