Tonton Online Gegar Vaganza Musim Ke-2 | Minggu Pertama


Assalamualaikum ...

Tonton Online Gegar Vaganza Musim Ke-2 | Minggu Pertama | Program hiburan Gegar Vaganza yang baru masuk musim ke-2 ni memang ramai peminatnya kat seluruh Malaysia ni . Sis adalah diantaranya . My kakak dan man in the house juga tak terkecuali . Masa Gegar Vaganza Musim Pertama , kami tak join sangat . Bila dah dekat nak final tu , macam best pulak .


Gegar Vaganza Musim Ke-2 | Minggu Pertama




Tonton Online Gegar Vaganza Musim Ke-2


Gegar Vaganza merupakan pertandingan nyanyian yang disertai oleh artis yang sudah lama tidak menghasilkan album dan juga beraksi di pentas hiburan tv . Kebanyakan penyanyi yang menyertai adalah dari kalangan penyanyi era 80-an dan 90-an . 

Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-2 ini disertai oleh 12 orang penyanyi iaitu penyanyi Sheeda , Azian Mazwan , Ezlynn , Siti Nordiana , Haiza , Farahdhiya , Acong Sweetchild , Nizam Laksamana , Amir Ukays , Nassier Wahab , Ezad Exist dan Zul Handy Black .

Pengadil untuk Gegar Vaganza Musim Ke-2 masih sama iaitu dato Ramli MS dan Dato Katijah Ibrahim . Manakala pengacaranya juga masih mengekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse .

Minggu Pertama


Persembahan mereka di minggu pertama telah memukau ribuan penonton . Kiranya , persembahan mereka ni dah macam buat comeback dalam persada seni tanahair.

Kalau korang tak ada astro , boleh klik di SINI untuk Tonton Online Gegar Vaganza Musim Ke-2 | Minggu Pertama ni ya .

Sis teringat my anak buah bertanya :

" mak usu , acong tu pelakon kan . Sedaplah suara dia . "

Memang ramai sebenarnya penyanyi yang menjadi pelakon sebab jualan albun yang lembap dan masalah cetak rompak . Selain acong , farahdhiya juga pelakon . Kalau tak ada gegar vaganza , generasi baru macam my anak buah ni pun tak tau yang pelakon itu dulu adalah seorang penyanyi .

Sis selamba je jawab :

" pelakon kazar tu un penyanyi juga tau . Dia cuma ada satu album je . "

Korang pun rasanya tak kenal nama pelakon kaza ni kalau sis tak tunjuk gambarnya .


Gegar Vaganza Musim Ke-2 | Minggu Pertama


Nama sebenar pelakon ni kazarudin saisi . Sis nak sangat tengok dia beraksi di pentas gegar vaganza musim akan datang . Masih berbisa ke idak lagi suaranya ... hehehee .




10 comments:

  1. Kaza...yang menyanyi Kain Putih tu kan....dalam ramai-ramai tu suka kat Nassier Wahab....masih hensom

    ReplyDelete
  2. Memang sedapp suara Kaza ni :) Kalaulah dia nyanyi kan best hihihi

    ReplyDelete
  3. kenal Kazar.. suka ngan lakonan dia.. tahu juga dia penyanyi, cuma lagu2 dia xbapa familiar.. rezeki dia lbih kpada lakonan,, dia belakon best, cuma itulah xmenang anugerah.. asyik retis muda ja dapat, padahal belakon xbest mana pun

    ReplyDelete
  4. Sis, mana menghilang.. lama jugak sonyap..

    ReplyDelete
  5. Kalau ada diTV mesti layan GV ni... tapi tulah astro.. malas nak pasang, kang melekat depan TV plak.. He.he,he

    ReplyDelete
  6. kaza the lagend sis... klu tgk je kaza ni mesti ingat zaman gila-gila remaja....

    ReplyDelete
  7. gegar vaganza menggegar juga..kebanyakan artis lama ni merdua suaranya..

    ReplyDelete
  8. Suara Kazar memang best... ku jejak jalan yang berliku.... Cewahhhhh!

    ReplyDelete
  9. Penyanyi yang okje suka dah tak de Vee....Nizam Laksmana, Amir. Rasa dah tak de sapa yg nak ditunggu tunggu bila tengok GV ni...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...