Novel Online Tuan Anas Mikhail


Novel Online Tuan Anas Mikhail | Drama terbaru yang anda boleh tonton di astro iaitu drama Tuan Anas Mikhail sudah hampir ke penghujungnya . Drama Tuan Anaz Mikhail ini sebenarnya adalah adaptasi dari sebuah novel karya syamnuriezmil .


Novel Online Tuan Anas Mikhail





Novel Online Tuan Anas Mikhail

Novel Tuan Anas Mikhail bukan sekadar boleh anda dapatkan dikedai - kedai buku , malah anda boleh juga membaca novel tuan anas mikhail secara online

Sekiranya anda mahukan keterujaan untuk menghayati watak dengan pembacaan , anda boleh sahaja membaca novel online Tuan Anas Mikhail di SINI

Sinopsis


Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.

Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu pula mentah-mentah menolak. Tapi akhirnya dia setuju juga untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas didepan mak Tuan Anas untuk mengelak daripada berkahwin dengan Safra.



3 comments:

  1. menarik juga citer novel yg diadaptasi ke drama tv ni...

    ReplyDelete
  2. drama adaptasi lagi... habis idea dah penulis skrip kat mesia ni..Huhu..

    ReplyDelete
  3. Cite ni okje layan Vee.... Best. Sebenarnya minat dengan pelakonnya. Kalau pelakon baru yg tak berapa nak kenal tu mesti malas gak nak layan....

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...