Assalamualaikum ...
Walaupun masa terus berlalu , keadaan masih sama . Sama den ataupun my kakak , mata kami masih bengkak . Bila usai solat je , mata mesti merah . Beberapa hari ini juga , kami masih mengimbau saat - saat itu ...
Kerana masih sukar untuk memujuk hati tentang hakikat , den cuba sibukkan diri dengan blogwalking . Harapannya , hati akan terlupa seketika dengan kesedihan dan bayangan wajahnya .
Tidak sangka , aku kini yatim piatu ... itulah yang sering berdetik di hati . Maka hati juga terfikir , bagaimanakah syawal kami untuk tahun hadapan . Alangkah baiknya jika tahun depan aku sudah berteman ...
Perancangan Allah , kita tidak tahu . Yang ada hanyalah bayangan fikiran apa yang akan berlaku . Dan selalunya tidak akan sama dengan apa yang akan terjadi ...
Well , life must go on ... banyak lagi perkara yang perlu dilakukan . Ibadah juga masih banyak yang rongak . tetiba , rasa pelik sebab sejak pemergiannya , den tak bermimpi ... tetiba , otak terlebih berfikir pula ...
Hari ini , hujan lebat membasahi bumi . Teringat bagaimana pula keadaan kuburannya ... Sama ada arwah abah atau pun arwah bonda , pemergiannya banyak persamaan . Mereka pergi kerana keuzuran selepas tidak boleh lagi bergerak dalam tempoh sebulan lebih . Pergi menemui Ilahi pada sabtu malam ketika hujan membasahi bumi . Alhamdulillah , ketika dikebumikan , liang lahatnya kering ... Meninggalkan kami dengan wajah yang berseri dengan senyuman ... Allahu Akhbar !
Duhai hati ... itulah sebuah perjalanan . Perjalanan sementara untuk menuju sana yang abadi ...
kesedihan yg teramat sgt kerana kehilangan bunda tersayang xdpt disangkal...bnyk2 bersabar ya qv..
ReplyDeleteSabar sis..semoga syurgalah buat mereka..
ReplyDeleteAssalamualaikum vee. Salam takziah. hanya mampu chot doakan kesejahteraan buat vee sekeluarga. Moga tabah selalu ye..
ReplyDeleteMoga tabah mengharunginya. Al Fatihah
ReplyDeleteBertabahlah dek,memang sukar kehilangan orang tersayang.Kakak sudah merasai pengalaman ini dan hingga kini sukar menerima hakikat.
ReplyDeleteyap memang sukar utk menerima hakikat kehilangan org tersayang... tapi, once kita mengatakan kita sudah reda dgn pemergiannya, maka lepaskanlah... sbb smpi seketika nanti, kita jg akan menjejakinya... bayak2 hadiahkan kepada al-fatihah...
ReplyDeletesemoga tabah dengan ujianNya...insyaallah dia setiasa bersama kita...
ReplyDeleteKita tak tau perjalanan kita akan bernoktah di mana.
ReplyDeleteApa pun, semoga abah Vee damai di dunia sana, alfatihah...
Ikut berduka, Inalillahi wa innalillahi rajiun. Semoga tahun depan menemukan teman yang sesuai hati,
ReplyDeletesis Vee...tabahkan hati ye.sedih la baca ni, tapi sedih lagi hati yang merasa kan..semoga sis dan family kuat
ReplyDeleteAssalam Vee.....
ReplyDeleteSalam Takziah ye buat Vee dan seluruh keluarga. Doakan moga roh arwah ditempatkan bersama roh para solihin di sana....
Okje pun kekadang sayu dan boleh menangis bila mengenangkan bonda di kampung. Inikan pula Vee yg bonda telah pergi mengadap Ilahi....
Sabar ye Vee.
Insyaallah akan sampai jugak jodoh Vee nanti
Salam takziah, Vee.
ReplyDeleteSaya baru aje tau tentang pemergian bonda Vee. Semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Saya tahu memang sukar untuk menerima hakikat kehilangan orang tersayang. Betapa azabnya rasa. Betapa hibanya hati. Semoga Vee sekeluarga tabah menghadapi segalanya.
Al fatihah untuk ibi tercinta
ReplyDeleteLife must go on..moga tabah menghadapi ujian dan semoga segala urusan dipermudahkan
bertabahlah mak.,
ReplyDeletetakziah...alfatihah...:'-((
ReplyDeletesemoga roh mereka aman disana disamping doa2 anak yang solehah..insyallah..amin
Takziah untuk anda sekeluarga, saya tahu awak redha, sedih tu tetap akan ada walaupun 20 tahun akan datang, awak tak akan lupakan mereka, sedih tu tak salah, teruskan hidup, jangan biarkan kesedihan menghalang kehidupan seharian anda.
ReplyDeleteBiarkan kenangan bersama mereka menjadi satu motivasi dalam hidup. Semoga anda sekeluarga mendapat kekuatan.
Sabar itu istana iman....Salam Takziah...
ReplyDeletesalam takziah....bersabarlah menghadapi kehilangan orang yang tersayang, akak juga pernah melaluinya...lebih sedih bilamana ayah pergi selepas genap sebulan 1 hari emak pergi...perginya ayah hari pertama ramadhan 8 tahun lepas...syawal itu kami tanpa emak dan ayah...memang sedih tapi itu takdir Allah kita tidak dapat meghalang, apa yang boleh kita buat selalu sedekahkan al-fatihah untuk mereka, baca al-quran hadiahkan pahala buat mereka...moga mereka berada ditempatkan dikalangan orang-orang yang berimana dan beramal soleh...
ReplyDeletesabar ye
Assalamu'alaikum, Sis Vee
ReplyDeleteSalam takziah drpd saya atas pemergian bonda sis.
Baru tahu melalui blog SalbiahM.
Moga bonda sis ditempatkan dalam kalangan kekasih-kekasih Allah.
sedih saya membaca entry di atas..semoga terus tabah...
ReplyDeleteyakinlah bahwa Allah Ta'alla sudah merencanakan sesuatu yang terindah untuk seluruh keluarga, dan selalu bersabar adalah yang terbaik.
ReplyDeletesalam sehat dan ceria selalu
mohon ijin follow 444
ReplyDeleteAllah Vee..akak sebak membacanya..kerana ayahnda akak pun baru meninggalkan kami buat selamanya..
ReplyDeleteA salam
ReplyDeleteLma benar knor tk berziarah di sini..
Inna lillah hiwainna ilaihirojiun
Bertabahlh
Perancangan Allah lbih baik.
Kematian itu pasti.
bertabahlah vee..
ReplyDeletesetiap y hidup akan mati..
dan semua org akn merasai kehilangan y amat memeritkan ini...
salam takziah
& smoga rohnya dicucuri rahmatNya
amin