Kenangan Itu


Assalamualaikum ...

Alhamdulillah , selesai sudah kenduri arwah 7 hari untuk arwah bonda . Semoga roh bonda diletakkan dikalangan orang - orang yang beriman dan beramal soleh ... aaamin . Alhamdulillah , segala urusan untuk arwah bonda dipermudahkan . 


Kenangan Itu




Selepas seminggu berlalu , situasi den masih sama ... kurang selera makan . Sandwich di atas itu , den cuma mampu habiskan sepotong sahaja . Situasi my kakak pula :

" mak usu , mama nangis . Tadi dia tengok gambar nenek kat henfon ... "

itulah situasi kami ketika ini .

Sepajang jalan kenangan
kita selalu berganding tangan ...

Sepanjang jalan kenangan
kau peluk diriku mesra ...

Hujan yang rintik - rintik
di awal malam itu
memisahkan kau dan kami ...

Bila den solat , maka terkenang arwah bonda kerana dengan telekong itu dan di atas sejadah itu , arwah bonda pernah bersolat semasa hayatnya .

Bila memandang katil , di situ juga arwah bonda pernah tidur dan bersembang dengan den ketika hayatnya .

Bila duduk di sofa , terkenang kami bersembang dan bergelak ketawa , suap dia makan , urut kakinya ... kenangan itu sangat sukar dilupakan .

Bila malam , terbayang den memapahnya ke bilik air setiap awal pagi .

Bila arwah berjaga , den pun berjaga walaupun masa itu , orang lain sedang lena diulit mimpi ...

Buat masa ini , den tidur di atas sofa hampir setiap malam . Entah sampai bila ada kekuatan ...

Segala barang peninggalan milik arwah sudah den titipkan pada my kakak untuk dibawa pulang ke kampung . Biarlah ianya di sana . Di rumah di mana ia membesarkan kami 9 beradik ...

Beberapa malam ini , den kerap mimpikannya ... senyuman itu ...

Alhamdulillah ...



3 Sila komen:

  1. al-fatihah.. takziah di atas pemergian bonda tercinta.. semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.. sebak pula baca entri ini..

    ReplyDelete
  2. Yelah dah namanya awak yg jaga Vee....haruslah banyak kenangan yg susah nak dilupakan. Apa tah lagi baru sangat perginya. Moga arwah damai disana. Pernah dengar ustaz cakap, orang yang telah pergi ni pun gembira jugak tau sebab depa dapat jumpa jugak dengan orang yg mereka sayangi yang telah pergi di alam sana. Wallahu a'alam

    ReplyDelete
  3. saya yang baca ni pun boleh terasa sedihnya sis Vee n family.semoga kuat ye.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...