Assalamualaikum ...
Tepat jam 9.15 malam bersamaan 11 Muharam 1437 Hijrah , Sabtu 24 Oktober 2015 , my bonda Hajah Mangiah Binti Haji Abdullah , berusia 77 tahun , telah menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang selepas melihat anak - anak di sisi tanpa sebarang penyakit . Kerana janjinya sudah tiba , kami redhakan dia pergi menghadap ilahi .
Ketika dia sudah tidak boleh bergerak , dalam pejam matanya , bibirnya membaca surah al Baqarah yang dihafalnya ketika usia mudanya . Dalam pejam matanya , bibirnya bertahmid , bertasbih dan berzikir ... alhamdulillah .
Masa mudanya , ketika kami masih kecil , dia mengajar anak jiran tentangga juga sekampung belajar mengaji al - Quran . Semoga ilmu yang disampaikan itu dapat menjadi jariah berpanjangan di sana buatnya .
Di saat ni , aku sungguh tidak kuat untuk menatap wajahnya walaupun untuk kali terakhir . Hatiku tak kuat seperti abang dan kakak ku yang lain . Dalam redha , aku tetap merasa kehilangannya .
Pun begitu aku bersyukur aku dapat menjaga dia diakhir usianya . Walaupun tak banyak yang dapat aku lakukan , itulah sahaja yang termampu aku buat untuknya .
Maafkan aku bonda , kerana hingga saat akhir nafasmu , aku masih tak dapat memenuhi hasratmu untuk melihat aku berumahtangga . Jodoh ku urusan Allah . Siapalah aku untuk melawan perancangan - Nya yang indah . Pun begitu , jika jodoh ku dunia ini ada , semoga aku diberikan jodoh yang terbaik dari Nya .
Semoga rohmu bonda , ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman dan beramal soleh . Kami di sini akan berusaha melakukan jariah untukmu . Semoga ianya akan menjadi bekalan berpanjangan untukmu di sana ...
aaamin ya robbal alamin ...
Takziah qaseh....moga roh nya ditempatkan dikalangan orang yang beriman...Al fatehah.
ReplyDeleteAlfatihah...
ReplyDeleteAlfatihah
ReplyDeleteSemoga shurga balasannya.
SAlam takziah
Al-fatihah..salam takziah..
ReplyDeleteAlfatihah..Semoga Vee tabah menghadapi dugaan Allah
ReplyDeleteInalillah.. Moga arwah bonda Vee di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. aminnn.. Bersabar ya
ReplyDeleteinnalillah..alfatihah...salam takziah qv semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh bonda qv yg dikasehi...banyak2 bersabar ya...turut berdukacita.
ReplyDeleteTakziah qaseh,semoga ibu ditempatkan dikalangan orang beriman...Al Fatihah
ReplyDeleteKakak pernah terbaca ,kampung qaseh kat jalan jaya diri Rengit ..betul ke? Mungkin kakak kenal ibu qaseh...kg kakak juga tu.
alfatihah utk atwah bonda tuu.,
ReplyDeletetakziah untuk sis dan family ye...semoga sabar dan tabah.Al-fatihah untuk arwah
ReplyDeletesalam takziah dari kaknoor ya Vee
ReplyDeletesemoga Allah mengasihinya dan mengampuni nya
Al-fatihah buat bonda... Dan semoga Vee ada jodoh yg baik...
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteAl Fatihah.. semuga roh bunda Qaseh bersama orang yang beriman dan di cucuri rahmat. Teringat pula aruah mak saya. huhuhuhu kuat ya hadapi dugaan ini. Bertabah menghadapi masa akan datang.
assalamualaikum vee
ReplyDeleteterus ke sini bila terpandang komen vee
sebak hati terbaca nukilan vee
semoga vee dan keluarga tabah menghadapi kehilangan ibu tercinta
salam takziah saya ucapkan buat vee dan keluarga
semoga arwah ibu vee ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman
aaminn
alfatihah..salam takziah drpd kami
ReplyDeleteInna Lillahi wa inna ilaihi raji'un
ReplyDeletekita doakan semoga ditempatkan dikalangan org yg beriman..kuatkan semangat sememangnya setiap yg bernyawa pasti akan pergi jua.
Salam takziah sis... Al-Fatihah buat bonda sis...
ReplyDeleteal-fatihah buat arwah mak vee ... dapat rasa apa yang vee rasa sebab my parents pun dah pergi juga
ReplyDeleteAl Fatihah... moga rohnya dicucuri rahmat. Amin...
ReplyDeleteAlfatihah buat arwah bonda Vee, Allahyarhamah Hajjah Mangiah....
ReplyDeleteVee, arwah sakit tua ke ?
Sekali lagi takziah, Vee. Saya pula yang terasa hibanya. Setiap kali mendengar kawan-kawan atau sesiapa sahaja kehilangan ibu/bapa mahu pun orang tersayang, peristiwa sama yang saya alami bertahun sudah kembali merobek hati. Sedih bila dikenangkan insan yang kita sayangi tiada lagi dalam dunia ini tapi hidup kita ini masih perlu diteruskan sehinggalah ke titik terakhir yang ditetapkan oleh-Nya.
ReplyDeleteAlfatihah! Moga allahyarhamah bonda Vee bersemadi dengan aman di sana.
Al fatihah
ReplyDeleteDari Allah kita datang, kepada Nya jua kita kembali
:-(( amin...be strong k
ReplyDeleteStay strong...
ReplyDeleteaamiin...moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh
ReplyDeleteInna lillah hiwa inna ilai hirojiun
ReplyDeletebersabar ye vee....
ReplyDeletelya dpt rsai kesedihan di lubuk hati vee..
namun kt harus redha..inilah hakikat khidupan