Macam - macam Jerebu


Assalamualaikum ...

Macam - macam Jerebu | Hari ini masih jerebu . Sekarang ni pula macam nak hujan sebab ada angin yang kuat , suasana yang makin gelap dan burung yang banyak berterbangan . Walaupun hujan ini tak dapat kurangkan jerebu , sekurang - kurangnya dapat beri pokok - pokok ku air . Senang den tak yah siram pokok . Cuma pasti , hujan itu dah jadi hujan asid .


Macam - macam Jerebu



Mesin kat atas itu digunakan untuk menyedut udara kotor / jerebu di dalam rumah . Bila tekan on , lampu merah menyala , bermakna udara di dalam rumah sangat kotor . Bila lampu bertukar kuning , itu maknanya udara sudah bersih . Betul ke udara dah jadi bersih , korang tanya mesin tu , jangan tany den ... heh heh heh . 

Selain jerebu dalam udara , ada lagi banyak jerebu berlaku dalam beberapa hari ini . den klasifikasikannya sebagai jerebu di mata dan jerebu di jiwa . Hah , apa lah agaknya tu ek ? Yang pasti , mesin kat atas tu tak dapat bantu pun .

Tetiba pulak ... ni jadi jerebu mata yang lagi syahdu tau . Mana taknya , den punya broadband hantar pesanan penaja . Dah la den udah lama tak buka blog . Hajat nak menziarah rumah teman - teman sambil beramah mesra tak kesampaian le jawabnya .

Bila quota dah habis , maknanya tak semua blog den dapat ziarah nanti . Blog yang ringan dan tak banyak gambar atau saiz gambar tak besar je yang den dapat ziarah . Selalunya , blog .com memang tak dapat buka lah ya ... heh heh heh .

Seawal pagi , perut den dah berkeroncong . Den anggap keroncong itu sebab perut kosong . Masa den sedang enak menghayati sarapan den , tetiba macam ada benda nak keluar . Maka selaju angin den pergi masuk bilik air . Alkisahnya , cirit birit rupanya .

Selepas itu den minum air panas . Maka berderet - deretlah angin keluar dari mulut . legalah rasa di jiwa .

Tetiba lak terasa angin berjalan berlenggang kangkung dalam perut den . Erk , tetiba rasa pelik lak . Slealunya kalau angin keluar selepas minum air panas , selepas tu , dah ok dah . Tak de masalah sakit perut pun . Maka den mencari lah minyak angin untuk melegakan kesakitan yang datang sesuka hati tu . Kejap ada kejap tak de .

Selepas beberapa kali sakit perut itu datang dan pergi , tetiba terasa lagi ada benda nak keluar . Ermmm , dah sah den memang sakit perut sebab cirit birit ni ! Maka jadilah jerebu di jiwa yang berpanjangan sampai ke petang ... huhuhuuu ... seksa wooo .

Den pun rewind apa yang den makan malam tadi sampai den kena cirit birit ni . Seingat den , den cuma meratah semangkuk sayur kobis masak sos lada hitam dan beberapa ketul tauhu dalam sup . 

Maka petang itu , den pun tanya lah pada my kakak :

" ma , najwa masak sayur kobis tu letak sos lada hitam je kan . "

selamba je my kakak menjawab :

" dia letak sos lada hitam dengan serbuk lada putih . "

waaaa ... nangis tak berlagu tau bila den dengar . Patutlah den asyik keluar masuk tandas sepanjang hari . Dia orang makan sikit je . Sebab tu tak tak apa - apa . Nyesal tak sudah tau bila den ingat den meratah sayur tu sampai licin mangkuk !

Petang tu lak , my kakak buat laksa penang . Perghhh ... den cuma berani tengok je . 

Sudahnya den makan mee laksa tu dengan kuah sup jak ... huhuhuuuu .






16 Sila komen:

  1. waallaikumsalam...
    jerebu yang didapat dari tetangga memang harus disedot oleh mesin penyedot jerebu agar sedkit mengurangi deritanya.
    semoga jerebu lekas berlalu

    ReplyDelete
  2. Alah siannya sis.. kerap x ulang alik ke toilet? mesti lesu je kan sepanjang hari

    ReplyDelete
  3. sian qv takpalh tu cuci usus sekali...tapi asyik berulangalek ke tandas ni mmg xmenyelesakan...

    ReplyDelete
  4. Bagus jugak mesin tu, tak banyak sikit membantu..

    ReplyDelete
  5. Bila jerebu... Nak update blog pon x nampak... Ha ha ha..l

    ReplyDelete
  6. salam singgah Vee
    get well soon ya kesiannn
    mmg letih kalau cherry berry niii

    ReplyDelete
  7. ohh patutlah dh lama x singgah di blog JM...jerebu rupanya tak nampak jalan ke sana hihihhi

    ReplyDelete
  8. mesin apa tu? ionizer ke? ... bagus sangat la ada mesin tu nak nak time jerebu ni :)

    ReplyDelete
  9. Boleh percaya ke mesin tu Vee....Berapa jauh sensor dia boleh detect habuk tu?

    Vee jenis tak tahan perut kot. Okje kekadang campur gak dua benda dlm masakan...

    ReplyDelete
  10. Musim jerebu ni memang patut menyalahkan jerebu dalam apa-apa hal sekali pun. Hahaha...

    Padanlah lama tak nampak Vee berkunjung, berjerebu rupanya luar dalam ^_^ Eh, saya pun sama aje! Lama tak singgah sini tapi bukan jerebu puncanya. Sawan pengantin I tell you ~_^

    ReplyDelete
  11. alahai..mmg letih la bdn bila kna cirit ni..klo skali dgn muntah2, lg lah x larat..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...