8 Perkara Penting Yang Tidak Boleh Dibeli Dengan Wang


8 Perkara Penting Yang Tidak Boleh Dibeli Dengan Wang | Wang merupakan perkara penting dalam hidup . Tanpa wang , realitinya , kita tak akan dapat teruskan kehidupan . Pun begitu , wang bukanlah segala-galanya . Tanpa banyak wang kita tetap boleh hidup dengan gembira dan bahagia . Dah macam berfalsampah pulak sis ni kan . Layan je ... heh heh heh .


8 Perkara Penting Yang Tidak Boleh Dibeli Dengan Wang



8 Perkara Penting Yang Tidak Boleh Dibeli Dengan Wang


Hakikatnya , wang hanya boleh memberi barang tapi bukan 8 perkara penting di bawah ni .

1. Keluarga bahagia

Keluarga memainkan peranan penting dalam menjadi tulang belakang yang menyokong kita untuk ke peringkat di mana kita ada sekarang. Semua orang pun impikan untuk hidup dalam suasana keluarga bahagia betul tak? Tapi mereka tak perlukan wang untuk buat  kita bahagia bersama mereka .

2. Rakan karib

Dalam hidup, kita tak boleh abaikan kawan baik yang ada di sekeliling kita. Selain keluarga, mereka inilah yang boleh jadi tempat mengadu, tempat untuk kita kongsi suka duka, tempat minta nasihat, dan macam-macam lagi. Mereka ini tak minta wang kita pun !

3. Orang-orang tersayang

Selain keluarga dan kawan baik, kita juga mesti ada orang-orang tersayang yang lain. Dan orang-orang ini rapat dengan kita bukan kerana wang yang kita ada. Jadi, simpanlah mereka ini dengan sebaik mungkin.

4. Kesetiaan dan kejujuran

Pernah tengok orang-orang kaya yang gagal dalam perkahwinan? Mereka ini mungkin mampu beli segala apa yang mereka nak dalam dunia tapi hubungan dengan pasangan tetap hancur berkecai. Malangnya bagi mereka, kesetiaan memang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

5. Masa

Masa itu emas. Dengan adanya duit yang banyak, kita boleh beli jam tangan mahal seperti Rolex, Tag Heuer, atau Tissot untuk diperagakan di pergelangan tangan. Kalau duit tak banyak, mungkin kita hanya mampu beli jam murah. Tapi wang itu tak boleh beli masa yang kita ada di dunia ini .

6. Pengalaman hidup

Pernah tak dengar ungkapan bahasa inggeris yang berbunyi, 'some lessons are best learnt through experience'? Tak kiralah pernah atau tak, tapi ungkapan ini memang benar. Kita tak perlukan wang yang banyak untuk cari pengalaman kerana ia datang sendiri dalam perjalanan hidup kita .

7. Kenangan manis

Sama ada kita travel atau apa saja yang kita buat setiap hari, kita mesti ada ambil gambar untuk disimpan sebagai kenangan. Tapi mampukah gambar-gambar ini menceritakan situasi sebenar yang betul-betul terpahat dalam minda kita? Pastinya tidak. Tanpa wang , kenangan manis tetap segara dalam ingatan .

8. Inner peace atau ketenangan jiwa

Dengan wang , kita boleh masuk kelas yoga atau segala jenis meditasi untuk mendapatkan ketenangan jiwa. Tapi kenapa sampai kena bayar untuk dapatkan emosi yang stabil? Hakikatnya , wang itu tak akan dapat merawat emosi kita untukkembali kepada asal .


Ternyata, wang Ringgit bukanlah segala-galanya. Perkara-perkara inilah yang memberi lebih kekayaan dan makna dalam hidup kita. Inilah #ertiprosperity sebenar yang harus kita semaikan bersama-sama. Tetiba teringat McDonalds yang rajin buat prosperity burger menjelang CNY . Tahun ini nampaknya KFC dah mendahului dengan ayam kicap superbnya .


5 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...