Kalendar Jawa


Kalendar Jawa | Masa my kakak balik kampung disember lepas kerana menghadiri majlis pertunangan anak buah man in d house , dia ada shopping sekali keperluan persekolahan my anak buah . Yang paling bestnya tu , pemilik kedai beri my kakak kalendar jawa .

Kalendar Jawa



Kalendar Jawa


Apa yang istimewanya kalendar jawa ni ? Kalendar jawa sama juga dengan kalendar lain tapi , ha kan ada tapi tu ... kelendar jawa ada kiraan hari dalam bahasa jawa . Kalau korang tengok kat bawah tu ada keliwon , legi , paing, pon dan wage . Ada lima je tau . Dan akan berulang kiraan tu untuk hari seterusnya .

Kalendar Jawa


Orang jawa zaman dulu gunakan kiraan hari tu untuk mencari tarikh yang sesuai untuk anaknya berkahwin . Macam mana cara mereka mengira tu , janganlah tanya sis ya . Sis ada juga pernah tanya pada my arwah bonda tapi dah tak ingat doh . Tujuan menggunkan kiraan jawa ni supaya perkahwinan tu berjalan lancar . 


Kalendar Jawa


Dalam adik beradik sis , my kakak nan seorang ni lah yang guna perkiraan tu masa my arwah abah nak tetapkan tarikh nikah . harinya jatuh hari rabu tau korang . Dan my kakak nikah pada waktu malam . terpaksa ambil cuti sehari . Adik berdik lain , sis tak tahulah guna ke idak .

Selain dari untuk menetapkan tarikh nikah , anak yang lahir pada hari kliwon , legi , paing ,pon dan wage ada firasatnya yang tertentu . Bab ni pun sis dah tak berapa ingat . My arwah bonda ada terangkan . Kalau tepat tu kebetulan lah . Mana boleh percaya . Dah menyekutukan Allah nanti kan .

Mungkin ada blogger jawa yang boleh beri penerangan lanjut pasal kalendar jawa ni ...



8 Sila komen:

  1. angkat tangan tinggi2....akak jawa :-))

    hubby akak masih menggunakan kiraan jawa..jika mahu mengadakan majlis atau melaksanakan sesuatu urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah , boleh belajar tu . generasi lama je yg tahu kira2 ni ...

      Delete
  2. orang jawa yg lama di sini mmg ambil berat tntg kalendar ni tapi generasi baru hanya tahu saja kot tapi xambil tahu sgt.

    ReplyDelete
  3. Teringat kawan masa sekolah dulu nama gelaran dia wage ,mungkin makna yang baik utk org jawa.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...