Drama Sha & Shah | Terbaru di Astro Ria


Drama Sha & Shah | Terbaru di Astro Ria | Drama Tersuka Tanpa Sengaja telah sampai ke penghujungnya . Kini digantikan pula oleh drama Sha & Shah . Untuk pengetahuan korang , drama Sha & Shah juga adalah adaptasi dari sebuah novel . Mungkin slot drama untuk masa itu adalah khas untuk drama adaptasi daripada sebuah novel .

Drama Sha & Shah | Terbaru di Astro Ria


Drama Sha & Shah | Terbaru di Astro Ria


Drama Sha & Shah diterbitkan oleh MIG Pictures yang dimiliki oleh David Teoh dan diarahkan oleh Eyra Rahman . Drama Sha & Shah membariskan pelakon Kamal Adli sebagai Shah dan Syatilla Melvin sebagai Sha sebagai tonggak utamanya serta beberapa pelakon lain seperti Shima Anuar, Azwan Kombos, Nina Iskandar, Aizat Hassan, Azhan Rani, Raja Azmi, Kartina Aziz, Siti Mili Supina dan Hanif Safuan .

Drama Sha & Shah akan disiarkan bermula pada hari Isnin , 4 Januari 2016 di Astro RIA 104 dan Asro RIA HD 123 pada jam 9 malam . Kalau anda nak lihat gelagat lucu Sha & Shah , jangan lepaskan peluang untuk menonton Drama Sha & Shah ya .



Sinopsis


Sha atau nama sebenarnya Farisha dan Shah pemik nama penuh Fariz Ameerul Shah merupakan kawan baik ( BFF ) .Mereka berdua bersahabat sejak kecil lagi . Mereka terpisah apabila Shah melanjutkan pelajaran ke luar negara .

Sekembalinya Shah dari luar negara , dia diberitahu bahawa dia dan Sha telah dijodohkan oleh keluarga mereka . Shah menentang manakala Sha redha saja menerimanya . Untuk menggagalkan rancanan orang tuanya , Shah telah merancang sesuatu . Beliau memaksa Sha bersetuju . Pada awalnya Sha menentang rancangan itu , tapi kerana simpati , Sha menurut sahaja .

Adakah rancangan Shah dan Sha berhasil dan bagaimanakah akhirnya mereka terpaksa akur dengan rancangan orang tua masing - masing ? Adakah perkahwinan mereka bahagia ? Semua persoalan itu akan terjawab bila anda menonton sendiri drama Sha & Shah pada minggu hadapan .


Novel Sha & Shah telah ditulis oleh Sha Ibrahim . Novel Sha & Shah boleh didapati di pasaran dengan harga RM 26 hingga RM 29 .


3 comments:

  1. keren...
    di indonesia dah ada blum ya...?
    salam dr indonesia

    ReplyDelete
  2. Wahhh..Sha & Shah..Sy dh bc novel ni...Mmg best..harap2 drama bersiri die pun best jgk..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...