Kulit Telur Halau Serangga



Kulit Telur Halau Serangga | Kat rumah ini sentiasa ada kulit telur dalam tong sampah . Sebab tak tahu ada kegunaan lain selain kulit telur buat baja tanaman . Korang nampak segala jenis serangga kat bawah ni , itulah kegunaan kulit telur yang sis nak kongsi .


Kulit Telur Halau Serangga



Kulit Telur Halau Serangga


Betul ke kulit telur boleh bunuh serangga . Jawapan sis , korang kena cuba dulu baru tahu . Kalau orang malas macam sis ni , nak pandang kulit telur dalam tong sampah pun malas , memang tahu lah kesannya kan ... heh heh heh .


Kulit Telur Halau Serangga

Kulit telur atau CANGKANG boleh buat semut, lipas dan tikus mati . Cegah , bunuh, halau, lupus serangga serangga perosak dirumah anda ! Senang dan mudah. Mujarab ! Ramai yang dah cuba ! Lipas, tikus, kumbang, siput, anai-anai, belalang, kutu, hama, parasit pokok, dan byk lgi ttg serangga perosak tanaman atau dapur rumah anda. 

Sunat kita ikhtiar hindar binatang-binatang kecil ni dari mudara kan kita dan mendatangkan penyakit. so ambil tindakan ye.

Kulit Telur Halau Serangga


Cara-cara nak menggunakan kulit telur untuk halau serangga :



Mula-mula ,  kulit telur dikeringkan dulu , lepas tu tumbuk halus menjadi serbuk seperti tepung, kemudian simpan dalam botol kaca. Tahan lama disimpan, tak mudaratkan manusia


Taburkan serbuk kulit telur di kawasan tanaman anda yang terkena serangan serangga perosak .

Bagi tikus, tabur di tempat laluan tikus itu contoh bawah pintu dapur anda. Jangan tertinggal walau seinci pun laluannya . 

Lipas pula sama tabur saja serbuk itu di celah celah dapur anda yang anda pasti laluan lipas. 

Sebelum malam mulakan tabur. Esok siang pergi kemas pasti banyak mayat-mayat serangga bergelimpangan . 

Anai-anai pula tabur di lubang utama keluar masuk sarang mereka . Kalau dapat jumpa sarang lagi bagus. semua akan mati akibat menghidu serbuk kulit telur .

Masalah sis adalah lipas . My kucing rajin bebenor bawa masuk lipas . My anak buah si hanani paling pantang nampak lipas dalam biliknya , habis lipas tu dikejar sampai dapat . Dalam bilik sis lak , lipas ni memang susah nak tangkap . My kucing lak ikut mood nak tangkap lipas . Nampaknya , kena cuba tabur serbuk kulit telur ni .

Semoga dapat bantu masalah korang juga .





4 comments:

  1. Agak2 untuk cicak berkesan tak? stress betul dengan tahi2 cicak kat rumah ni..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...