Mana Yang Mereka Pilih ?


Mana Yang Mereka Pilih ? | Ramai antara korang dah ada anak . Malah ramai juga yang anak - anak mereka sudah besar . Tentu korang ada banyak pengalaman macam mana nak suruh mereka makan sayuran kan . Macam-macam memek muka korang boleh nampak .


Mana Yang Mereka Pilih ?





Mana Yang Mereka Pilih ?


Kalau korang letakkan menu telur , daging , ayam , ulam-ulaman dan sayur , korang rasanya dah dapat agak mana yang mereka pilih kan . Ada juga yang nak makan ayam memanjang . Mungkin rasa ayam , daging dan telur itu lebih sedap daripada sayuran . Rasanya betullah kan !

Kalau anak buah sis , masa kecil mereka suka makan telur . Janji ada telur mata kerbau , omelet ataupun telur hancur dan kicap , dah cukup buat mereka kenyang makan dengan nasi . Maka sebab itu , stok telur kat rumah ni sentiasa ada . Sis lak , kalau nampak telur dua tray tu , laju je tangan nak buat kek ... heh heh heh .

Bila masa berlalu , anak buah sis belajar juga makan sayur sebab my kakak jenis yang tak layan sangat selera anak di meja makan . Apa ada atas meja makan , kena makan . Kalau tak nak makan , makan je la dengan telur goreng ! 

Sekarang ni , my anak buah berani cuba apa pun jenis sayur yang ada kat atas meja walapun sayur itu ada rasa pahit macam sayur peria dan daun peria laut . 

Ada masanya , my kakak jadi jemu dengan sayur yang ada kat pasar . Asyik-asyik sayur yang sama . Jadinya , dia beli je salad , segala sayur yang boleh dimakan mentah aka ulam macam sayur mak tam , petai , daun selom , kacang botor , batang saleri . Kalau rajin , my kakak buat salad sayur campur mayonis cheese . Kalau tak rajin , ko makan je dengan sambal belacan !

Akhirnya , my anak buah dah pandai makan ulam dengan sambal belacan . Setakat petai , kerdas , jering , dah jadi kegemaran tapi makan masa cuti sekolah . Bau katanya ... hahahaaaa .

Cuma Qistina tak berapa pandai makan sayur walaupun baby Ainul selalu je ratah sayur . 

Senang cerita , sebenarnya kita tak perlu paksa anak kita untuk makan sayur . Mereka akan suka sendiri sat masa nanti  Cua sebagai ibu bapa , kita kena tunjuk kat mereka , makan sayur tu sedap . 

Korang juga boleh beritahu mereka , korang tak demam , selsema dan batuk sebab banyak makan sayur . Kita psiko sikit ... hehehee


13 Sila komen:

  1. kebykan budak2 memang susah nak makan sayur..

    ReplyDelete
  2. Macam ni laa, tua2 baru reti makan ulam ngan sayur ni.. kenapa agaknya budak2 xsuka eh

    ReplyDelete
  3. Anak akak pilih brocoli dan karot tu jer QV..
    Sayur2 lain pun mereka cuba mkn..

    ReplyDelete
  4. Pengalaman saya anak2 saya tak sorang pun suka makan sayur sampai usia 12-13 tahun walaupun kita ibu bapa dah buat macam2 utk yakinkan mereka kebaikan makan sayur. Hingga masuk sekolah menengah atau di kolej baru mereka makan sayur, ia datang sendiri tanpa ibu bapa memaksanya...

    ReplyDelete
  5. Husb n anak lya mmg x mkn sayur lgsung..

    ReplyDelete
  6. sedari kecil mmg kena ajar mkn sayur. utk kesihatan mrk jg kan...

    ReplyDelete
  7. BANYAK MKN SAYUR TAMBAH ANTIBODI BDN...KUAT SHT WALAU BERUSIA...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Qaseh..

    Sayur...sekarang ni salah satu sayur tambahan adalah kobis ungu....hehehe...

    Nanti ada masa akak kongsi entri pizza sayur...

    ReplyDelete
  9. mestilah diorang pilih snek dengan nugget bagai, macam kita dulu-dulu juga :)

    ReplyDelete
  10. kak yan tak.pandai makan ulam..tak sedap...

    ReplyDelete
  11. Anak-anak kakak perempuan biasalah suka sayuran tak kira yg raw jadikan sayur masak/salad/ulam semua boleh aje. Yg pasti rumah kakak tak lari dari timun dan carrot.

    ReplyDelete
  12. dulu masa kecik² sy pun xsuka sayur..tapi lama² suka la..takpa..pelan² nka ajar budak² utk cuba makan sayur..;p

    ReplyDelete
  13. Bagus style kakak awak tu Vee...sudahnya jadi makan sayur bebudak tu.

    Budk budak kat rumah ni pun jenis kurang makan sayur. Tp telur mmg hantu....

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...