Tonton Online Juara Parodi 2015 Peringkat Akhir


Tonton Online Juara Parodi 2015 Peringkat Akhir | Juara Parodi 2015 Peringkat Akhir sudah berlangsung malam tadi , Jumaat 22 Januari 2016 dengan meriahnya . Walaupun meriah , sis hanya menonton bersama seorang anak buah saja . Yang lain balik kampung untuk menghadiri majlis pertunangan .

Tonton Online Juara Parodi 2015 Peringkat Akhir


5 Kumpulan Berentap


Dalam episod akhir Juara Parodi 2015 , 5 kumpulan telah dipilih melalui carta . Mereka ialah kumpulan Juri , kumpulan Selamber Blur , kumpulan Kobis Pedas , kumpulan Abang Face dan kumpulan Righthanded .

Sementara itu , kumpulan yang tersingkir di Juara Parodi 2015 episod 9 ialah kumpulan Senaman dan kumpulan Skru . Manakala kumpulan yang tersingkir di Juara Parodi episod 10 ( separuh akhir ) adalah kumpulan Cuba Teka , kumpulan Mawi And The Laywer dan kumpulan Black Dot Ceh .

Tonton Online Juara Parodi 2015 Peringkat Akhir


Sis sebenarnya telah tertidor semasa menonton Juara Parodi 2015 peringkat akhir malam tadi . Nasib baik ada rekod . Jadinya , bila terjaga , sis bukalah yang sis rekod tu walaupun dah menjelang 1 pagi sebab tak sabar nak tahu siapa yang menjadi juara . Itu pun sis tengok bab yang sis tak tengok sebab tertidur hingga akhir lah .

Persembahan malam tadi memang hebat . Setiap kumpulan diberi peluang utnuk membuat dua kali persembahan . Persembahan pertama bertemakan bebas sementara persembahan kedua bertemakan taubat .

Selain daripada hadiah juara sebanyak RM300,000 , terdapat juga anugerah untuk perembahan terbaik , vokal terbaik , lirik terbaik yang setiapnya menerima hadiah berjumlah RM10,000 . Lumayan kan ! 

Kalau korang dah tak sabar sang nak tengok aksi persembahan mereka yang havoc malam tadi dan kumpulan mana yang menjadi juara , Tonton Online Juara Parodi 2015 Peringkat Akhir di SINI .


5 comments:

  1. Siapalah juaranya ya....sebab PC tidak langgan channel tu...ermmm..

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah rezeki mereka,,banyak gak hadiah tu

    ReplyDelete
  3. Siapa juaranya ya, Vee? Saya tak dapat tengok walaupun ada Astro sebab tak ambillah channel ni. Yang ini kat channel berbayar ajekan!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...