Rawat Sendiri Di Rumah : Serai Hilangkan Senggugut | Salam Jumaat kepada semua pembaca blog . Semoga Jumaat yang barakah ini akan memberi keberkatan kepada kita semua . Jika ada masa , bacalah surah al-Kahfi . Banyakkakn berselawat ke atas Nabi S.A.W .
Rawat Sendiri Di Rumah : Serai Hilangkan Senggugut
Ketika sis menemui gambar serai di atas melalui facebook bersama - sama petua bahawa mengamalkan meminum air serai setiap elok untuk rahim dan dapat mengelakkan kanser , sis teringat petua yang makcik sis ajarkan .
Pada suatu hari , makcik sis datang berkunjung ke rumah . Pada ketika itu sis sedang ABC dan alami senggugut . Makcik sis ajarkan sis petua untuk hilangkan senggugut versi dia. Caranya mudah sahaja .
Korang cuma perlu ambil beberapa batang serai , rebus bersama 3 cawan air . Masak sehingga air menjadi 1 cawan sahaja . Bila air serai dah suam , minum sampai habis . Selepas itu , insha Allah , korang dah tak senggugut lagi untuk selamanya .
Minum sekali je terus hilang senggugut selamanya ? Ya ... selamanya . Makcik sis buat air serai untuk hilangkan senggugut pada anak dara dia pada ketika itu . Bila berkesan , dia ajar sis buat pula .
Petua arwah bonda pula , minum air kunyit untuk hilangkan senggugut . Tapi sakit hilang cuma masa tu sahaja . Bulan depan , bila senggugut lagi , kena buat air kunyit lagi maaa ...
Apa yang sis dapat simpulkan berdasarkan caption pada gambar tu an petua makcik sis , Serai memang baik untuk merawat rahim . Insha Allah , tidak ada mudarat jika anda amalkannya . Malah serai juga dapat elak kanser .
kalau saya senggugut pula, saya selalu masak halia hidup + gula Melaka...
ReplyDeleteAlhamdulillah hilang senggugut & angin pun senang kuar...rasa free je perut
bagus tu dapat kuar angin sekali ...
DeletePETUA YG BAIK SGT NI..SENGGUGUT MMG SAKIT SGT ADA YG XTAHAN TANGGUNG KESAKITANNYA BILA DTG BULAN..
ReplyDeleteada kwn sekampung saya , sampai pucat lesi , lembik badan mcm nak pengsan tgk gayanya ... kesian .
Deleteseriously? wah, boleh try ni. tp msti rasa dia pelik
ReplyDeleterasa serai yg pekat . pejam mata , telan je dik ... hehehee
Deletebaru tau ni vee ... dulu time anak dara selalu senggugut, tapi tak tahu nak buat apa... la ni sejak dah bersalin, dah hilang senggugut :)
ReplyDeleteblh bagi pada anak dara bila kena senggugut zie ...
Deletemasa bujng2 dulu selalu senggugut. alhamdulillah lepas kahwin hilang..
ReplyDeleteutg org dah kahwin kan ... huhuhuuu
Delete