Rawat Sendiri Di Rumah : Kencing Manis


Rawat Sendiri Di Rumah : Kencing Manis | Kencing manis sekarang ini menyerang tanpa kira usia . My anak buah , seawal usia 17 tahun dah dikesan ada kecing manis . Bukan kencing manis biasa tapi dah tahap kronik sampai tiada bacaan . Pada ketika itu , dia belum lagi menjalani pepeiksaan SPM . My anak buah ni dapat kencing manis mungkin sebab faktor keturunan sebab mama dan ahli keluarga sebelah ibunya semua penghidap kencing manis .


Rawat Sendiri Di Rumah : Kencing Manis



Rawat Sendiri Di Rumah : Kencing Manis


Pada sesiapa yang nak cuba rawat sendiri di rumah kencing manis menggunakan bahan-bahan semulajadi , petua merawat kencing manis di bawah ini boleh korang cuba .

Petua 1: Petai Belalang


Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering di pokoknya, keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing dan tumbukkanlah sehingga hancur. Kemudian bubuh ke dalam air panas dan buat minuman seperti minum kopi.


Petua 2: Kemunting Cina


Ambil 20 gram pokok kemunting cina bersama akar serta daun dan bunganya. Rebus bersama 2 liter air sehingga tinggal anggaran separuh. Minum 2 kali sehari. Amalkannya sehingga sembuh.


Petua 3: Pokok Belimbing Tanah / Bukit




Minum air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari. Dalam masa 2 bulan akan pulih.



Petua 4: Pokok Bunga Matahari




Cabut sebatang pokok bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.


Petua 5: Daun Mengkudu


Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum 3 hari berturut-turut.



Rawatan Alternatif



Kalau korang tak rajin nak rawat kencing manis menggunkan semua petua di atas , korang boleh cuba Extra Peria di bawah ni . Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Extra Peria ni , boleh klik di SINI .




6 Sila komen:

  1. bagus sekali petua yg dikongsi herba tempatan yg mudah didapati...

    ReplyDelete
  2. nice info ... kemunting cina tu tak pernah tengok lagi pokoknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah masukkan gambar kemunting cina kat atas tu ...

      Delete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...