Assalamualaikum para sahabat ...
Cara Sedap Makan Belimbing Buluh | Ni kisah cuti Thaipusam lepas . My kakak bawa balik buah belimbing buluh tangan dari kampung . Kat Kampung sis pokok buah belimbing buluh cuma satu je tapi bila berbuah , lebat lah sangat .
My kakak di kampung kalau nampak buah belimbing buluh banyak bergayut tu , dia cuma tengok saja . Dia tak biasa nak bubuh belimbing buluh dalam masak lemak ke , belimbing buluh asam pedas ke , belimbing buluh buat sambal belacan ke lagi lah ke laut kalau nak buat sambal hitam pahang yang popular tu . Cuma my abang ipar rajin kisar belimbing buluh buat jus untuk ubat darah tingginya .
Sebenarnya , dalam family , cuma sis dan my kakak di sini saje yang suka dan pandai makan belimbing buluh ni . Tu sebab , bila balik kampung ada banyak belimbing buluh , kami rembat je semua .
Bukan setakat belimbing buluh kami masak lemak , belimbing buluh buat sambal asam , belimbing buluh buat sambal belacan , malah sis pernah juga buat sambal hitam pahang yang popular tu . Tak memasal hitam periuk my kakak wehhh ... heh heh heh .
Tapi yang sis paling suka buat jeruk belimbing buluh . Sis pernah buat jeruk belimbing buluh asam boi juga jeruk belimbing buluh yang hanya ditaburkan gula dan garam . Kalau balik kampung , buat jeruk belimbing buluh tabur gula dan garam tu dah biasalah .
Minggu lepas , bila my kakak bawa balik belimbing buluh , kebetulan ada asam boi , tetiba datang lak idea nak makan belimbing buluh dengan asam boi . Bila sis cuba ... perghhh terus jatuh cinta tau . Mana tak nya , bila sis kunyah belimbing buluh tu dengan asam boi , rasa asam boi tu lebih kuat berbanding dengan rasa masam blimbing buluh . Bila sis makan asam boi dengan belimbing buluh yang dah ranum , perghhhh , lagi sedap .
Kalau korang mengidam nak makan belimbing buluh ni , cubalah makan belimbing buluh dengan asam boi , sudah pasti superb beb !
alamak... terasa macam tengah makan belimbing tu plak ni...huhu... masam kan belimbing tu?
ReplyDeletemasam , tapi kurang masam bila mkn dgn asam boi ...
ReplyDelete