Budak Kampung Atau Budak Bandar


Budak Kampung Atau Budak Bandar  | Masa kita tinggal dikampung iaitu di zaman persekolahan , suasana sangat tenang dan mendamaikan . Setiap pagi kita akan menghirup udara yang segar . Melihat cahaya matahari keluar memancar di celah-celah pokok . Mendangar kicauan burung jumpa ulat dan melihat mereka berterbangan . Bahagian yang paling menyeronokan bila ada alarm semulajadi diawal pagi . Berashut-sahutan ayam jantan berkokok memberitahu manusia bahawa sudah masuk solat subuh . Selepas itu , dengar pula riuhnya si ibu ayam bersama anak-anaknya mencari makan . Malangnya , masih ada manusia yang belum bangkit dari tidurnya ... ermmm

Budak Kampung Atau Budak Bandar

Bila tinggal di bandar , kita terpaksa melihat bangunan setiap hari . Terbangun di awal pagi dek kerana deruan bunyi enjin kenderaan . Terpaksa pula menghirup asap kenderaan dan rokok yang bercampur diudara . Apa pilihan yang kita ada ?

Hanya korang je yang tahu korang tu budak kampung atau budak bandar . Mungkin korang kena buat qiuz budak kampung atau budak bandar kalau korang nak tahu identiti sebenar korang . Ramai je yang apabila berhijrah ke bandar , setiap pagi breakfast roti berinti keju . Dah lupa dah dengan lempeng . Alasannya mudah je , breakfast roti berinti keju lebih mudah ... well , sapa nak nafikan ?

Sis pula macam mana ya ? Sis masih berjiwa kampung walaupun dah tak sepenuhnya . Bohonglah kalau kata tak terpengaruh dengan cara kehidupan bandar . Jiwa kampung sis masih tebal bab makan dan suka main tanah ( tanam pokok ) .


Tapi sungguh , sis rindu dengan suasana pagi di kampung yang sangat indah ... Tu yang rasa macam nak dok hulu langat je ... heh heh heh .



2 comments:

  1. SUASANA KAMPUNG N BANDAR BERBEZA N KITA PERLU FLEKSIBLE TANPA DIPENGARUHI ELEMEN YG KITA XMAHU KERANA PERBEZAAN ITU.

    ReplyDelete
  2. aah sis. ruby pun rindu nk main masak2. main pasir. panjat pokok. main guli. yg suka, tangkap ikan sepat & puyu.. berkubang dlm air kotor.. kalo kg ruby pantai. xdek sawah.. bdk2 skrg roti canai..omelet bagai..kita lempeng nyior sedap dah kan

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...