Ice Cool Blog | Beberapa minggu lepas , my anak buah lelaki aka sepupu kepada my anak buah ni ada datang bertandang . Macam biasa , jiwa muda , selera juga muda . Macam - macam yang dibeli untuk belanja makan sepupu-sepupunya . Maka my anak buah di sini terikut-ikut juga selera sepupunya itu .
Minggu lepas , my kakak ada urusan di luar . Urusan biasa je . Bukan rasmi pun . Makanya , macam biasa , ramailah yang mengekor termasuk mak usunya . Tetiba rasa bosan lak petang tu .
Selepas urusan my kakak selesai , maka misi seterusnya adalah misi my anak buah . Si Hanani nak beli sesuatu di DIY di Giant .
Kebetulan , berhadapan dengan DIY itu ada kiosk ice cool blog . Apa lagilah my anak buah , meleleh air liur teringatkan abang sepupunya belanja ice cool blog . Maka mak usunya ini melayan sahajalah . .
Sebenarnya , mak usunya ngences juga . Maklumlah , cuaca panas membahang . Tekak mesti nak minum yang sejuk je memanjang walaupun tahu tak elok untuk kesihatan . Orang tua kata , bila panas ( cuaca ) bertembung dengan sejuk ( minuman ) boleh mengganggu sistem badan .
Bila tengok pada menu yang tergantung itu , banyak pulak pilihan . Jadinya sudah rambang mata . Akhirnya , sis pilih je ice cool blog perasa lime . Perasa ice cool blog lime ni memang sedap . sis pilih topping perasa epal . Memang sesuailah kan . Kedua-duanya rasa masam ikut citarasa sis .
Yang lain tu , minta rasa sikit dengan my anak buah . Dapat gak rasa perasa lainnya ... meh meh meh . My anak buah ada yang order perasa kiwi , ABC , yang lain sis tak ingat .
Harga paling minima ice cool blog termasuk topping RM4 . Harga ikut jenis manu yang dipilih lah . Bekas minuman tu pun besar . Kira harga standard lah tu kan . Minum pun puas .
Kebetulan masa penjual itu membancuh ice cool blog , sis ada nampak bahan yang digunakan . Bahannya sama macam my anak buah lelaki cerita pasal ice mocca lette yang dia beli di gerai tepi jalan :
" dia orang guna liquid dalam bekas besarlah mak usu . "
Maknanya , ice cool blog guna cecair pekat yang berperisa . Bukannya jus atau kopi mocca yang dibancuh langkah demi langkah . Kalau pasaraya ada jual peris pekat itu , sudah tentu kita boleh buat sendiri di rumah kan . Rasanya liquid itu hanya dibekalkan untuk pengusaha air je kot .
Maknanya , kalau korang order air kat restoren , mereka juga guna benda yang sama kecuali kedai kopi yang ada barista dan bancuh secara terbuka / depan pelanggan . Yang ni , harga tentunya lebih RM10 satu cawan .
Sesiapa yang berhajat nak cari income tambahan menjual menggunakan food truck , boleh a cuba jual ice cool blog ni . Rasanya ice cool blog ni produk franchise . Korang pi lah cari websitenya / maklumat kat internet ya .
Musim panas ni , jual air laju je orang beli .
Uishhhh..Sedap tuh..Sy suka choclate cool blog with bubble...huhu
ReplyDeleteMESTI SEDAP SGT TU TAMBAH DLM CUACA YG SGT PANAS NI..
ReplyDeleteAssalamualaikum Qaseh...
ReplyDeleteSaya tak pernah rasa lagi...sebab harganya boleh tahan juga...hehehe
Pernah rasa sekali.., tapi x kena dgn tekak...
ReplyDeleteFaveret anak saya jugak ni Vee. Tapi selalunya depa beli mcm dekat Rm8 henggit jer Vee....mungkin pilihan depa tu lain kot
ReplyDeletecuaca panas cam skrg ni fuhh..lega tekak
ReplyDelete