Resepi Pisang Cheese Pelangi



Resepi Pisang Cheese Pelangi | Pisang goreng Cheese memang sudah popular dan jadi viral di media sosial di Malaysia . Pisang goreng cheese juga korang boleh beli di gerai tepi jalan . Malah ramai juga yang sudah mencuba pisang goreng cheese di rumah dan kongsikan di media sosial termasuk blog .


Resepi Pisang Cheese Pelangi



Buat snek berwarna-warni untuk makan di petang hari bersama secawan teh atau kopi atau milo memang menyelerakan . Anak-anak pasti suka dan teruja nak rasa . Tapi bagi sis , kalau dah berwarna dan nampak cantik , sayang lak nak makan . Tenung je dah kenyang . Boleh gitu ?

Resepi Pisang Cheese Pelangi


Untuk menghasilkan resepi pisang cheese pelangi , korang boleh gunakan pisang berangan . Ada yang tak kenal pisang berangan ke ? Macam sis , sis cuma tahu makan pisang . Tak semua pisang sis tahu namanya . 

Resepi Pisang Cheese Pelangi


Bahan-bahan:

  • 1 sikat pisang
  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras 
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil garam 
  • 1 telur
  • 400ml air
  • Minyak masak
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar susu pekat
  • Keju parut (cheddar)
  • Kelapa parut
  • 6 jenis pewarna (merah jambu, jingga, kuning, hijau, biru, ungu)

Cara-cara: 

1. Campurkan tepung gandum, tepung beras, telur, kunyit, garam dan air 
2. Gaul sehingga sebati
2. Pisang dipotong dua, tetapi jangan sehingga putus 
3. Celupkan pisang dalam adunan tepung 
4. Panaskan minyak dan goreng pisang 
5. Asingkan kelapa parut menjadi 6 bahagian 
6. Tambah satu pewarna untuk setiap bahagian kelapa
7. Dalam mangkuk lain, cairkan mentega dalam microwave
8. Campurkan dengan susu pekat
9. Salut pisang goreng dalam sos mentega-susu pekat
10. Tabur keju parut ke atas pisang 
11. Hias pisang dengan kelapa berwarna-warni!



Korang boleh juga guna pisang nipah , pisang tanduk dan pisang nangka . Sis cadangkan korang guna pisang raja ( gambar atas ) . Lagi sedap beb !

Ramuan yang digunakan pula adalah ramuan yang selalunya ada di dapur korang terutama yang gemar buat kek dan roti macam Zie Has .


3 comments:

  1. Akak belum pernah pulak jumpa orang jual goreng pisang cheese pelangi ni.Tapi kalau akak lah rasa pelik pulak nak makan goreng pisang warnawarni ni.

    ReplyDelete
  2. ingatkan cheese yg wrna wrni,, rupanya kelapa.. haha tipah tertipu.. punya lah dok fikir mana nak dapatkan cheese wrna wrni tu.. huhu

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...