Kemuliaan Jari Manis



Kemuliaan Jari Manis | Kalau dalam kehidupan kita , jari manis merupakan jari yang sangat bertuah kerana disitulah cincin disarungkan . Pada kebanyakan manusia , hanya jari manis sahaja yang dapat merasa cincin emas , cincin berlian , cincin mutiara dan cincin bertatahkan batu permata dan lainnya .

Kemuliaan Jari Manis





Bersambung entri sebelum ini , Tetamu Datang Bawa Rezeki ... kerana keletihan melayan tetamu pada malamnya , pagi sabtu itu sis pun terjun tiruk atas sofa . Pada mulanya join my anak buah layan Astro , akhirnya tertidur disofa . Tiba-tiba terasa badan digegar . Maka dengan malasnya membuka mata . My anak buah berkata :

" mak usu , ada poslaju . "

Dengan mamainya , mak usunya menjawab ;

" kakak , tolong sign . "

Maka melentok longlailah si kakak najwa kemalasan untuk keluar berdating sekejap dengan pak posto . Tapi , si qistina yang ambil bungkusan itu dengan excitednya . Si Hanani pula tak sabar nak tengok apa di dalam selepas dia memicit-micit bungkusan ditangannya . Katanya :

" macam kain je mak usu . "

Bila sis belek , ermmm , dah tahu siapa pengirimnya . Senyum-senyum je sis membuka bungkusan itu . Nak membuka bungkusan , kena lak berebut dengan baby ainul ... pergh . Nasib baik tak koyak . 

Bila dah buka ... di atas itulah isinya . Shawl yang berbidang besar dan masih berbau kedai itu membuatkan anak buah sis jeles sih ! Warna merah memang pilihan sis ... alhamdulillah dan terima kasih JARI MANIS .

Tapi sadisnya , kad itu yang yang cantik telah menarik minat my anak buah . Maka jadi rebutan antara qistina dengan ainul . sudahnya mak usunya yang menjerit bila koyak sedikit pada telinga bear . Belum sampat baca lagi tu ... huhuhuuu .

Kemuliaan Jari Manis


Kerana kesibukan pada hari semalam , maka hajat nak publish pemberian itu esoknya . Diizinkan Allah , petang semalam , datang ladi sampul surat dengan hand writing yang sama . Masa tu dah agak apa didalamnya ... Fridge Magnet dari JARI MANIS juga ... heheheee ... suka tau .


JARI MANIS , terima kasih dan alhamdulillah atas kedua-dua pemberian itu . Sis malu sebenarnya sebab sis ni bukan pengomen tegar pun . Sis bertandang ke rumah JM pun bila ada masa .

Entri ini untuk menjawab soalan JM pada kotak komen ... Eleh , kita ni berjiran je JM . Tak kan lah tak sampai lagi . Kalau drive pun 15 minit je sampai ... heh heh heh .

Sis harap JM akan terus berblog walaupun sibuk dengan kerja dan travel . Kalau tak larat nak menulis berkajang-kajang , cukuplah bercerita berdasarkan satu gambar . Asalkan enjoy dan feel free untuk menulis tanpa pressure dan ada rasa kegembiraan bila dapat melakukannya  ... meh meh meh .


7 Sila komen:

  1. alhamdulillah..rezeki tu, moga yang memberi bertambah-tambah rezekinya kan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Qaseh...dapat tudung ya...kena pakai at least sekali...warna menarik pula...

    P/S ...segmen kat blog akak belum tarikh tutup la Qaseh...

    ReplyDelete
  3. Jari Manis blogger berbudi yg manis kan..msti suka dpt hadiah tu qv kan.

    ReplyDelete
  4. Moga murah rezeki selalu Vee
    Untuk blogger JM juga....moga dimurahkan rezeki dan dapat selalu2 travel

    ReplyDelete
  5. cantik kaler shawl tu..merah ke dark pink...hihi..
    pink = JM

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...