Nasi Berlauk


Assalamualaikum ...

Nasi Berlauk | Menu sarapan bagi orang Johor yang selalu sis hadap masa di kampung adalah nasi goreng , lempeng , apam , kuih kukus , pisang goreng , ubi rebus , keledek , ubi keladi . Mudah cerita , kalau ada nasi baki makan malam , nasi gorenglah jadinya . Kalau tak , pi lah cabut pokok ubi / keladi / keledek kalau-kalau ada buahnya . Kalau rajin sikit , buatlah kuih pastu kukus ataupun buat nasi lemak ataupun buat lempeng !


Nasi Berlauk


Bila dah berhijrah ke bandar , banyak lah juga budaya negeri lain kena hadam . Belajar makan menu orang negeri lain makan . Maka kenallah dengan budu dan cencalok , nasi kerabu dan nasi dagang .

Panjangnya mukadimah . Tak sampai lagi nasi berlauknya ya ... heh heh heh . Nak citer lah ni ...

Bila dah berhijrah ni , maka jumpalah sis dengan macam-macam menu sarapan . Yang popular dan selalu juga korang jumpa dan makan adalah roti canai . Nasi lemak dah jadi berlauk lah pula . Tak cukup dengan itu , ada juga nasi kerabu dan nasi berlauk . 

Nasi berlauk dan nasi kerabu ni sarapan orang Kelantan . Teringatlah dulu masa pergi Kelantan ikut rombongan sekolah . Masa tu cikgu belikan kami nasi kerabu . Itulah kali pertama sis makan nasi kerabu dan makan untuk sarapan . Terkejut juga sebab sis dah biasa dengan pisang goreng dan lempeng dan nasi goreng .

Semalam  sis cuba sarapan dengan nasi berlauk . Kalau untuk sarapan , nasi berlauk ni agak berat sebenarnya . Maklumlah , bukannya lepas sarapan kena kerah keringat kat kebun kan . Tapi sis cubalah makan juga . Dah macam lunch pula rasanya ... meh meh meh .

Pertama kali makan nasi berlauk ni dah jadi jatuh cinta . Jatuh cinta sebab bahannya yang simple tspi super sedap . Lauknya ada pilihanlah sama ada nak kari ayam ataupun ikan tongkol . 

Semalam lauknya ikan tongkol . Hari ini ambil ayam sebab ikan tongkol sudah habis . Sis yang tak berapa minat kari ni pun , boleh suka makan nasi berlauk ni . Sebab apa , sebab bila lauk akri itu dicampurkan dengan cili yang sedikit masin dan masam itu bersama nasi ... memang wallah . 

Walaupun menu nasi berlauk itu ringkas , hanya ada kari ayam / ikan tonkol dengan cili kisar dan timun , itu dah buat sis menjilat jari . Tapi sis tak habis makan sebab potion nasinya agak banyak untuk perut sis yang kecil . Jadi , simpan sikit untuk lunch ... heh heh heh . 

Harga sebungkus nasi berlauk itu , kena bayar rm4.50 . Berbaloi tak ? Ntah , sis makan je . Janji sedap . Sebelum ni sis ada gak cuba makan nasi kerabu untuk sarapan nih . Kerabu memang sis suka sebab sayur ulaman .

Panjang rupanya sis cerita pasal nasi berlauk ni ya . tengok jam dah pukul 9.10 ko. Ermmm ... kena berhenti dan terus publish ni !


10 Sila komen:

  1. macam sedap je..tapi macam berat sgt nak ambik nasi berlauk waktu pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg berat utk waktu pagi ... sesuai utk yag buat kerja berat je sebenarnya .

      Delete
  2. MAHAL JUGA NASI BERLAUK HARGA SEGITU NAMPAK SIKIT JER ISINYA...TAPI STANDARD HARGA SEKARANG KOT. XLAMA LAG TENTU NAIK 10 HINGGIT SEBUNGKUS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mahal lah klu sekadar seketul ikan / ayam bersama seciput cili kisar ... redha je lah kan .

      Delete
  3. kalau ke Kelantan, mmg cari nasi berlauk tuk sarapan..ada nasi tumpang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kelantan , sarapan mmg nasi sokmo lah nohas ...

      Delete
  4. Baki nasi hari selasa yang tak abis... Boleh forward ke hari rabu... Jadi nasi kerabu.. he he he..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. dah mmg dari kecik kita nampak nasi berlauk ni ... susah doh nak tinggalkan ...

      Delete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...