Throwback Kartun Zaman Kanak-kanak


Throwback Kartun Zaman Kanak-kanak | Zaman kanak-kanak adalah zaman paling indah . Bangun pagi , sarapan dah ada depan mata . Lepas makan buat apa saja ikut suka hati . Selalunya main di halaman rumah ataupun kacau arwah mak . Tengahari selepas makan , tidur sesedap rasa . Bangun tidur , pergi cari kawan dan main sesedap rasa . Pukul enam , mesti berhenti main dan duduk depan tv .

Throwback Kartun Zaman Kanak-kanak




Zaman sis , siaran tv hanya akan bermula seawal pukul 6 petang . Masa tu hanya ada RTM1 ( tv1 ) dan RTM2 ( tv2) pada hari biasa dan bersiaran lebih awal pada hari sabtu dan ahad tapi sis tak ingat pukul berapa . 

Program pertama yang akan disiarkan adalah kartun popeye . Masa tu kartun popeye memang legend sungguh . Walaupun cuma dapat tengok selama 30 minit je , tapi dah cukup seronok . Tengok tv pun tumpang rumah jiran . Rumah jiran ada tv guna kuasa bateri sebab masa tu belum ada elektrik . Kalau korang tengok bateri kereta , itulah bateri yang beri kuasa untuk buka tv ( hitam putih ) masa belum ada elektrik . Kalau nak guna lampu kalimantan pula , guna generatorlah .

Kalau di hari minggu , dapatlah tengok kartun Walt Disney - Mikey Mouse and the gang . Selebihnya , kartun usop sontorian , kartun kluang man ( kartun hasil tangan org malaysia ) yang datang selepas dah ada elektrik dan dah ada tv3 . Owh , ada lagi , kartun woody wood packer - watak kartun yang suka buli orang , kartun Flintstone ( orang batu ) dan yang lainnya

Berapa banyak kartun zaman kanak-kanak korang yang korang ingat ya ?


4 Sila komen:

  1. Assalamualaikum Qaseh...rindu juga denga kartun popeye the sailorman....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul fida ... sekarang dah susah nak jumpa kartun tu ...

      Delete
  2. KARTUN2 YG MENGASYIKAN DITONTON TU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah Pi ... blh krgkan stress biladpt gelak2 ...

      Delete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...