20 Jenis Makanan Sarawak Yang Anda Perlu Cuba



20 Jenis Makanan Sarawak Yang Anda Perlu Cuba | Kalau tanya sis , makanan Sarawak apa yang sis pernah cuba makan , rasanya cuma ikan terubuk masin , kek lapis sarawak dengan kuih cincin kot . Sebab selalunya tempat makan yang sis pergi tak ada menu makanan Sarawak . Sis ni jenis yang suka mencuba benda baru . Kalau nampak pelik pun sis nak cuba juga makan . Tapi belum ada peluang sih !

20 Jenis Makanan Sarawak Yang Anda Perlu Cuba


Gambar atas tu adalah buah dabai . Ni kalau tanya blogger Kameq Deana ni , mesti dia kata buah ni sedap amat . Sis sebenarnya dok perati je buah ni dan fikir , betul ke buah dabai ni tak ada di semenanjung . Ke orang semenanjung tak perasan kewujudan buah dabai ni ataupun pernah nampak di hutan tapi tak tahu itu buah dabai dan buah dabai itu boleh di makan .

Sis sebenarnya teringin nak makan sayur midin dan ayam pansuh . Sayur Midin ni , menurut cerita Kameq Deanna , di sini pun ada sayur midin sebab dia pernah nampak di celah-celah pokok kelapa sawit . Malangnya Kameq Deanna tak dapat nak kongsikan gambar sayur midin yang dia nampak tu .

20 Jenis Makanan Sarawak Yang Anda Perlu Cuba


Sebenarnya , kat kebun sis di kampung itu ada beberapa jenis paku pakis . Tapi yang sis tahu boleh dimakan tu cuma paku pakis merah dan paku pakis perak . Ada lagi satu jenis tapi my arwah bonda kata tak bleh makan , beracun . Adakah itu sayur midin ?

Tapi kalau korang tengok gambar di atas , sayur midin ni macam batang muda pakis merah yang belum berkembang dan keluarkan daun . Korang setuju tak ? Sis selalunya kalau cari pakis merah , selalunya yang masih bergulung tu memang tak mabil lah . Nak juga cuba nanti bila balik kampung . Ambil yang masih bergulung dan masak . Sedap ke idak .


20 Jenis Makanan Sarawak Yang Anda Perlu Cuba


Ayam pansuh lak , sis teringin nak makan sebab dimasak dalam buluh bersama pucuk ubi . Sebenarnya , boleh je kalau nak buat ayam pansuh bila balik kampung . Tapi selalunya tak teringat pun bila dah kat kampung . La ni pulak , pokok buluh kat kampung my anak buah dah tebang . Tak dapatlah sis nak makan sayur rebung lagi ... huhuhuuu .

Selain itu , ada lagi masakan Sarawak yang sis nak cuba . Korang boleh je cari 20 Jenis Makanan Sarawak ni dengan mencarinya di mana-mana restoran yang sediakan menu tu . Alah , pak google kan ada . tanya saja bah .




8 comments:

  1. buah dabai,ayam pansuh,mee kolok,nasi ayam mak entek,laksa sarawak,dah pernah makan masa belajar dekar Sarawak duluk, cuma sayur midin tu tak pernah dan tak sempat cuba =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah pernah dok sarawak , dpt rasa byk jenis makanan tu ...

      Delete
  2. buah dabai tu macam buah keriang dot tapi rasanya mungkin lain kot...makanan sarawak sedap semuanya kan.

    ReplyDelete
  3. Buah dabai....ermmmm sekali pandang macam biji sawit yang dah masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah . dua kali pandang , memang bkn ... hehehee

      Delete
  4. Oh mcm tu rupa buah dabai,akak selama ni tau nama je.
    Yalah pucuk midin ni ada je kat tempat kita cuma mungkin kita tak kenal yg mana satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan . nak sgt tgk depan mata pucuk midin tu mcm mana ...

      Delete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...