Bila Elektrik Terputus


Bila Elektrik Terputus | Hari ini , cuba sebentar keluar rumah melihat pokok-pokok yang ditanam . Walaupun terasa bahangnya cahaya matahari , pokok-pokok perlu diberi makanan juga . Melihat tanah yang kering dan pokok yang sedikit layu , terfikir juga , begitulah manusia jika tak cukup zat . Siram air di pagi hari , petang sudah kering tanahnya . Cepat benar air itu tersejat .


Bila Elektrik Terputus


Mukadimah itu tak ada kaitan dangan tajuk ya . Saja je nak cerita pasal cuaca sekarang yang panas kering ni . Sambil tu , pekena air berais di atas tu , perghhh ... memang nyaman . 


Tapi sebenarnya , bila kita terdedah kepada cuaca yang sangat panas , kemudian kita minum ais , tindakbalas panas berjumpa sejuk itu akan menghasilkan penyakit . Selaunya demam panas lah .

Sebenarnya , malam Jumaat yang lepas , semasa kami sedang asyik menonton Maharaja Lawak Mega 2016 , dalam jam 11.20 malam , tiba-tiba bekalan elekrik terputus . Bukan sekadar di seksyen kami , malah satu taman . Maka merabalah mencari lilin selain bertemankan cahaya lappy dan phone .

Bila elektrik terputus , dalam keadaan maa yang masih segar , maka bersembanglah kencang kami semua . 

Sebelum menonton Maharaja Lawak Mega , my biras ada datang bertandang tapi macam biasa , sis dok dalam bilik sajalah . Jadinya , sis bertanyalah pada my kakak apa hajat dia datang . Al kisah , esok ada majlis kahwin di rumah saudara man in the house nun di Palong , Segamat sana . Jadinya , my biras nak join sama . 

Selepas itu my kakak pun buka cerita pasal kakak kepada my biras ni . Kakak dia ni sebaya dengan sis lah . Ada anak 7 orang dan yang sulung dah nak berumahtangga pada Mei depan . Jadinya , my biras datang bawakan pakaian sedondon yang my kakak kena pakai pada majlis itu nanti .

Selain itu , ada cerita yang lebih berat . Baru-baru ini ipar my kakak ini disahkan ada kanser rahim . terkejut juga sis mendengarnya sebab dia sihat je . Menurut suaminya , kanser itu stage 1 dan sudah membuat pembedahan . Oleh kerana cuma suami dan doktor sahaja yang tahu keadaan sebenar dan si tuan punya badan tak mahu buka mulut , maka adik beradiknya buat kesimpulan bahawa kanser itu bukan di stage 1 .

Menurut my kakak lagi , iparnya itu sekarang ini cuma dok umah makan tidur sahaja . Suaminya tak beri dia buat sebarang kerja . Oleh kerana anak-anak dah besar , yang paling kecil pun dah sekolah rendah , makanya mereka sudah boleh buat kerja rumah / berdikari .

Sebenarnya , sejak kebelakangan ini , sis kerap dengar orang meninggal sebab kanser . Dan kebanyakkan mereka itu dikesan ada kanser pada tahap yang tidak dapat dibantu . Sis juga ada seorang teman yang hidap kanser otak tahap 4 . Tapi dia tak buat kimo sebaliknya buat rawatan melalui kaedah perubatan Islam . Selepas 4 tahun berlalu , nampaknya dia sihat sahaja . Selebihnya , wallahua'alam .

Bila merenung diri sendiri , sis bersyukur sangat walaupun masih keseorangan , sekurang-kurangnya masih sihat . Tapi kalau Allah nak beri ujian , Dia akan beri juga . Ada orang amalkan gaya hidup sihat , cukup menjaga soal diet pemakanannya untuk elak kanser tapi kena juga .

Sis teringat pada satu ayat yang sis pernah jumpa di facebook ; " Daripada fikirkan jodoh yang belum sampai , lebih baik fikirkan mati kerana kematian itu pasti . " Maka , itulah yang sis kena ingatkan pada diri sendiri yang suka bebenor melayan perasaan yang ntah apa-apa .

Kesimpulannya , dalam menjalani hidup ini kita kena tawakal , redha dan lalui kehidupan itu sebagaimana sepatutnya . banyakkan amal ibadah dan sedekah kerana sedekah itu dapat jauhkan kita dari pelbagai jenis penyakit ...


2 Sila komen:

  1. Betul.. setuju dengan kata-kata tu. Dari dok pening fikir masalah yang ada baik fikir tentang kehidupan selepas mati.

    ReplyDelete
  2. lya pon ada knser.. tp still stage permulaan.. harapnya lya mampu survive ;-(

    kwn lya pon bru aje mninggal sbb kanser jgk..umur 31 tahun.. ;-(

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...