Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu Ke-10



Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu Ke-10 | Jumaat malam yang lepas , sedang seronok seisi rumah menonton Maharaja Lawak Mega 2016 minggu ke 10 yang menggeletek hati itu , lebih kurang jam 11.20 malam , tetiba black out . Black out kali ini bukan sekadar di seksyen tempat sis sahaja malah satu taman . Black out itu berlarutan sehinggalah Maharaja Lawak Mega habis siaran .

Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu Ke-10




Nasib baik dapat tonton siaran ulangan Mahraja Lawak Mega 2016 . Untuk minggu ke-10 ini , Maharaja Lawak Mega 2016 bertemakan ayat power . Ayat power yang paling menarik sis adalah dari kumpulan Bocey iaitu " gemok itu awesome . " 

Secara keseluruhannya , persembahan malam itu menarik kecuali dari kumpulan Bora yang berasal dari Singapura . Persembahan kumpulan Bora langsung tak ada lawaknya . Untuk pengetahuan korang , kumpulan Bora adalah juara program Projek Komedi .

Walaupun pada awalnya kumpulan Bora berada di ranking ketiga dengan mendahului kumpulan Joras atau lebih tepat merampas kedudukan kumpulan Joras , kerana persembahan Kumpulan Bora yang hambar , maka kumpuan Bora dikeluarkan .

Dengan keluarnya kumpulan Bora , maka kumpulan yang ada hanyalah 6 kumpulan sahaja . Ini bermakna , Maharaja Lawak Mega 2016 sudah hampir dengan final .

Korang yang belum tengok dan teruja nak  Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu Ke-10 , sila klik SINI ya .


3 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM. SELAMAT PAGI. KUNJUNGAN PAGI ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. kedai makan kalau tayang Maharaja Lawak ni..pelanggan yg dtg makan mmg melekat kt kerusi..duduk lama2, tunggu sampai habis...hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...