Cara Buat Thai Green Tea Latte Hanya Dalam 6 Minit


Cara Buat Thai Green Tea Latte Hanya Dalam 6 Minit | Bila baca Thai Green Tea Latte , mesti ramai yang suka . Tapi tak semua cafe atau restoran ada menyediakan menu ni . Sis tak perasan pula di Ice Cool Blog ada ke tidak . Harga Thai Green Tea Latte kat luar tu rasanya agak mahal kalau untuk orang marhain macam sis ni .

Cara Buat Thai Green Tea Latte Hanya Dalam 6 Minit


Kepada yang nak jimat duit membeli diluar , senang cakapa nak buat sendiri Thai Green Tea Latte di rumah , korang perlu ada benda ni .

Cara Buat Thai Green Tea Latte Hanya Dalam 6 Minit


Sis tak tahulah , kalau tak ada teh hujau ni , jadi ke idak thai green tea latte korang . Tapi kalau ada yang nak cuba guna green tea lain , boleh saja tapi rasanya tak sama dengan rasa thai green tea latte yang asli la .

Kalau tanya sis , kat supermarket atau kat pasar ada ke idak , sis pun tak tahu . Setakat ni tak perasan pun ada . Tak nampak . 

Cara Buat Thai Green Tea Latte Hanya Dalam 6 Minit


Pada sesiapa yang nak belajar cara buat thai green tea latte hanya dalam 6 minit , ini RESEPI nya .


Bahan-bahan:


  • 2 sudu besar teh hijau Thai 
  • 6 sudu besar susu pekat
  • 4 sudu besar susu cair
  • 500ml air panas
  • Ais



Kalau nak lagi best:

  • Serbuk teh hijau
  • Whipped cream
  • Extra susu cair 



Cara-cara:


1. Bancuh teh hijau dan biarkan selama 5 minit
2. Tapis air teh dan blend bersama susu pekat dan susu cair
3. Hidang dalam jag / gelas berisi ais 
4. Kalau nak lagi berkrim: Tambah susu cair! 
5. Kalau tak berapa kisah pasal diet: Tambah whipped cream dan taburkan serbuk teh hijau!



Senang saja sebenarnya nak membuat thai green tea latte . Semudah ABC tau . Sebab itu boleh siap dalam 6 minit je . Tak percaya , percayalah !





2 comments:

  1. TAK PERNAH RASA LAGI MESTI SEDAP TU...

    ReplyDelete
  2. memang sedap Thai Green tea ni..hari tu gi Krabi banyak gak minum

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...