Resepi Coney Dog Berinspirasikan Masakan Johor


Resepi Coney Dog Berinspirasikan Masakan Johor | Korang pernah dengar kacang pool ? Kacang pool sangat popular di Johor tapi sampai la ni sis masih belum mencuba lagi . Sebab setakat ni belum jumpa lagi kacang pool kat tempat sis pergi makan . Sis tak tahulah , kat kampung sis sana ada ke idak jual kacang pool ini . Kena Google lah kalau nak tahu kan . Mungkin boleh cuba buat sendiri kacang pool kot . Alah , kat Google tu kan macam-macam resepi ada . Rasa tak sama tu sudah pasti le kan !

Resepi Coney Dog Berinspirasikan Masakan Johor



Kacang pool ni dimakan bersama roti canai dan boleh juga dimakan begitu saja . Kacang pool adalah menu yang mengenyangkan . Kacang pool dibuat menggunakan daging cincang dimasak bersama kacang pool (atau foul medames) . Kacang pool ni mempunyai pengaruh masakan Arab .

Resepi Coney Dog Berinspirasikan Masakan Johor


Apa kaitan kacang pool dengan resepi Coney Dog pula ya ? Macam mana pula nak buat kacang pool jadi coney dog yang berinspirasikan masakan Johor ? Kalau korang nak tahu dan nak buat macam gambar kat atas tu ,  Resepi Coney Dog Berinspirasikan Masakan Johor di bawah ini akan membantu korang lah .


Resepi Coney Dog Berinspirasikan Masakan Johor

Bahan-bahan:

- 1 tin kacang pool 
- 5 sudu besar bawang merah (dikisar)
- 1 sudu besar bawang putih (dikisar)
- ½ sudu besar halia (dikisar) 
- 500g daging kisar 
- 1 sudu besar serbuk kari daging 
- 1 sudu teh garam 
- 1 tin tomato 
- Telur 
- Minyak masak 
- Sosej (direbus / dipanggang) 
- Roti hot dog 



Topping: 

- Bawang merah (dicincang) 
- Cili hijau (dicincang) 
- Limau 



Cara-cara:

1. Lenyekkan kacang pool 
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia 
3. Masukkan daging kisar dan masak sehingga warna bertukar dari merah ke perang 
4. Masukkan kacang pool dan gaul sehingga sebati 
5. Masukkan serbuk kari daging, garam dan tomato tin 
6. Masak sehingga kuah menjadi pekat, lebih kurang 20 minit 
7. Apabila sudah hampir masak, pecahkan telur ke dalam kuah kacang pool 
8. Cedokkan telur dan kuah ke atas roti dan sosej 
9. Lengkapkan hidangan dengan bawang merah, cili hijau dan limau



Kacang yang digunakan dalam resepi  Coney Dog Berinspirasikan Masakan Johor , korang boleh beli di supermarket . Di atas tu adalah antara contohnya sahaja ya .



8 Sila komen:

  1. TAK PERNAH RASA JUGA MAKANAN BERASASKAN KACANG POOL NI MESTI SEDAP KAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena try buat sendiri PI baru dapat rasa ... hehehee

      Delete
  2. memang lah gitu qaseh vee...10 resepi nama sama..tapi rasa lain2...paya nak cari yg betul2 tepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan , air tangan masing-masing . selera rasa juga tak sama ...

      Delete
  3. OOo..boleh makan dengan roti canai ye..baru tahu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh juga kalau nak makan dengan lempeng ... meh meh meh

      Delete
  4. Kalau nak makan kacang pool, pergi aje kat Presint 9, Putrajaya tu, Vee. Makanlah puas-puas. Satu tu RM6. Jangan minta lebih, nanti tak habis pulak. Kalau nak lagi mudah, kenalah buat sendiri kat rumah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan . seingat saya MD dah byk buat entry pasal kacang pool @ presnt 9 tu ...

      Delete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...