Resepi Sarapan Mudah Sandwich Pizza Pepperoni Dan Hawaiian Chicken



Resepi Sarapan Mudah Sandwich Pizza Pepperoni Dan Hawaiian Chicken | Sandwich merupakan sarapan ringkas yang paling popular . Kalau dah bangun pagi kena siapkan anak-anak dan sediakan sarapan untuk mereka dan suami juga sebelum pergi kerja , memanglah korang akan cari menu sarapan yang paling mudah kan .


Resepi Sarapan Mudah Sandwich PizzaPepperoni Dan Hawaiian Chicken



Resepi Sarapan Mudah Sandwich Pizza Pepperoni Dan Hawaiian Chicken


Tak perlu nak fikir banyak lagi dah nak buat sarapan apa . Tak perlu juga nak pening kepala . Kalau kat depan mata ada roti sandwich yang bertingkat-tingkat tu dan dalam peti ais ada lak keju , buat je sandwich pizza je ye kengkawan .

Kat sini sis nak kongsi dengan korang Resepi Sarapan Mudah Sandwich Pizza . Korang mesti dah dapat bayangkan macam mana nak buat kan . Ya , memang mudah . 

Korang yang nak sangat mencuba , sila lah ambil RESEPI Sandwich Pizza ni ya .


Sandwich Pizza Pepperoni 


Bahan-bahan:


- Roti 
- Mentega 
- Sos pasta 
- Pepperoni 
- Mozarella 



Cara-cara

1. Sapukan mentega dan sos pasta ke atas roti 
2. Tambah pepperoni dan mozarella 
3. Bakar di dalam sandwich maker selama 5 minit* 



SANDWICH PIZZA HAWAIIAN CHICKEN 

Bahan-bahan: 

- Roti 
- Mentega 
- Sos pasta 
- Ayam (yang sudah dimasak) 
- Kepingan nenas 
- Mozarella 



Cara-cara: 

1. Sapukan mentega dan sos pasta ke atas roti 
2. Tambah ayam, nenas dan mozarella 
3. Bakar di dalam sandwich maker selama 5 minit*



*Kalau tak ada sandwich maker, panaskan di dalam frying pan


7 comments:

  1. Sarapan sandwich pizza boleh kenyang sampai tengahhari juga kan...

    ReplyDelete
  2. kdg2 breakfast mkn sandwiches...tapi cepat lapar..mesti nak mengunyah benda lain..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya Vee...saya follow sini :)

    ReplyDelete
  4. Sedap ni. dah lama tak makan pizza....dapat buat macam ni kat rumah, ok jugak

    ReplyDelete
  5. sedaptu kalau semua bahan dh ada noleh sediakan saja bila2 teringin...

    ReplyDelete
  6. Buat sandwichlah paling senang tapi anak-anak saya cerewet. Daddynya bolehlah dihulur sandwich aje kalau dah tak sempat apa. Kalau anak-anak ni, lain macam sikit minat makan mereka!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...