Gambar-gambar Menarik Royal Floria Putrajaya 2016


Gambar-gambar Menarik Royal Floria Putrajaya 2016 | My kakak anda family balik kampung sebab adik iparnya buat kerja kahwin . Jadinya sis dok umah sensorang . Kebetulan ada pula Royal Floria Putrajaya 2016 . Apa lagi , sis ajak kawan , dia bagi lampu hijau dan merondalah sis sampai melecet kaki di Presint 4 nun !

Gambar-gambar Menarik Royal Floria Putrajaya 2016



Walaupun semalam hari cuti tapi tak de jam pun kat Putrajaya . Perjalanan pergi ke Royal Floria Putrajaya 2016 pun lengang je . Macam Putrajaya tak de rakyat jelata pulak . Nak park kereta pun tak ada masalah . Mungkin kerana ramai yang hadir majlis kahwin dan balik kampung sempena cuti sekolah dan munkin juga kerana masuk kena beli tiket ! 

Alhamdulillah , semalam petang panas dan tak berapa ramai orang . Jadi, nak ambil gambar tak de gangguan .

Gambar-gambar Menarik Royal Floria Putrajaya 2016

Bila sampai akan nampak gambar atas ni . 
Sebelahnya pintu masuk .

Gambar-gambar Menarik Royal Floria Putrajaya 2016

Masa kat lorong ni , sis dah buat cerita kelakar .
Dengan selambanya sis berhenti .
Pastu kawan sis tegur ada orang nak bergambar .
Bila sis toleh , betul-betul depan mata si awek tu sengih .
... sorry dik , sis tak perasan ko depan mata dengan kamera ! ... heh heh heh .

Nilah pintu masuknya . 
Kalau belum beli tiket , pusingkan badan ke belakang .


Gambar-gambar Menarik Royal Floria Putrajaya 2016

Di seberang jalan korang nampak ni .
Semua maklumat pasal tiket dan persembahan / acara ada kat situ .

Gambar-gambar Menarik Royal Floria Putrajaya 2016

Ni tempat beli tiket .
Kalau rajin ikut le lorong macam ular kena palu .
Kalau tak rajin , guna je lorong tepi yang straight tu kalau tak ada orang .
Kalau kena tegur , nasib koranglah ... heh heh heh .

Gambar-gambar Menarik Royal Floria Putrajaya 2016

Dah beli tiket , jom masuk .
Nak senang , korang boleh ikut je panduan kat atas tu mana nak pergi .
Sis tak ikut pun . Sis ikut langkah kaki sampai melecet !

Gambar-gambar Menarik Outdoor Royal Floria Putrajaya 2016


Moh le layan gambar kat bawah ni .
Ada pesanan penaja kat bawah sekali kepada sesapa yang nak pergi 
Royal Floria Putrajaya 2016 .


Gambar-gambar Menarik Royal Floria Putrajaya 2016


Gambar-gambar Menarik Royal Floria Putrajaya 2016

Taman Candy


Kat sini , bila korang bercakap , suara korang bergema .
Dengarlah satu taman .
Ada gak tourist yan jakun bercakap bahasa dia ... kah kah kah .


Gambar-gambar Menarik Royal Floria Putrajaya 2016

Taman Salji


Semburan salji cuma keluar bila korang dok atas kerusi yang disediakan .
Kat sini paling happening .
Nak ambil gambar kena tunggu giliran !
Belakangnya ada taman orkid dan mini hutan .


Gambar-gambar Menarik Royal Floria Putrajaya 2016


Gambar-gambar Menarik Royal Floria Putrajaya 2016

Taman Diraja Johor


Bike diatas itu dibuat dari cantuman besi .
Selain bike ada juga kuda besi .
Malas nak naik , sis tengok dari bawah je lah .


Gambar-gambar Menarik Royal Floria Putrajaya 2016


Gambar-gambar Menarik Royal Floria Putrajaya 2016

Kat taman Perak ni ada garfield yang pakai bunga kat keliling muka dia .
Sebelahnya ada hutan pokok pain .


Gambar-gambar Menarik Royal Floria Putrajaya 2016

Warung Boboboi ni tengah tutup masa ni .
Ingatkan nak bertenggek kat dalam nun !


Gambar-gambar Menarik Royal Floria Putrajaya 2016

Taman Diraja Perak



Gambar-gambar Menarik Royal Floria Putrajaya 2016

Taman Jepun


Pintu masuk tulis taman Jepun .
Bila masuk banyak bonsai.
Dan last ada lak taman mini China ni .


Nak tengok gambar lebih Royal Floria Putrajaya 2016 , kena pergi ke instagram sis le .Tak larat nak masuk semua kat sini . Semalam pun sis dah pujuk phone jangan habis bateri ... huhuhuuu . Maaflah sis tak dapat ambil gambar bagi setiap taman . Sis cuma ambil apa yang menarik .

Oleh kerana bunga tema yang digunakan pada Royal Floria Putrajaya 2016 adalah bunga kekwa , maka bunga kekwa ada di mana-mana sahaja . Selain dari kekwa ada juga bunga orkid tapi tak banyak jenis pun . Selain itu ada juga pelbagai jenis bunga kemunting cina .

Kalau korang target nak tengok bunga pada Royal Floria Putrajaya 2016 , lebih baik korang ambil indoor . Banyak bunga menarik dari luar negara ada di dalam . Di outdoor banyak bunga Malaysia je .

Secara jujurnya , Floria Putrajaya 2012 lagi happening dengan banyak penyertaan untuk taman bunga ni termasuklah pelamin you ! Masa tu kalau nak ambil semua gambar , boleh penuh tau memori dalam kamera .

Royal Floria Putrajaya 2016 ni macam tak banyak penyertaan. Sebab tu setiap taman kawasannya besar . 

Sis sebenarnya nyesal tak ambil setiap kawasan di Royal Floria Putrajaya 2016 ni . Sis lebih banyak ambil gambar pada objek sahaja . paling win ada food truck guna bas mini yang sis tak terfikir pun nak snap ... waaaa . Pas tu terlupa lak nak usha cenderahati ... huhuhuu .

Dan sis tak masuk ke royal floria putrajaya kat gambar atas sekali tu . Kaki sis dah melecet youuuu ... tapi tak penat pun . Cuma kesian kat kawan tu sebab kena balik office ... meh meh meh .


Pesanan Penaja 


Harga tiket Royal Floria Putrajaya yang korang kena bayar adalah 

Tiket masuk (early bird sehingga 25 May 2016) 
  • RM6.00 Dewasa MyKad (Harga asal RM7.50)
  • RM2.50 Kanak-kanak MyKid/ Senior citizen/ Disabled (Harga asal 3.50)

Magical Garden : 
  • RM10.50 Dewasa MyKad
  • RM5.50 Kanak-kanak MyKid/ Senior citizen/ Disabled

Kawan yang join sis ni kerja di Putrajaya . Jadi ada maklumat tepi ler .. heh heh heh . Jadinya , korang dinasihatkan untuk beli tiket indoor ( RM 10.50 ) sebab korang dapat tengok outdoor sekali sebab PINTU MASUK satu je dik non ! 


Magical Of The Night

Oh ya , Magical Of The Night adalah percuma . Boleh je korang tengok dari atas jambatan . Pertunjukkan bermula pada 28 Mei sehingga 4 Jun bermula 8 malam .


5 Sila komen:

  1. tak pernah lagi pergi Floria...menarik..

    ReplyDelete
  2. PAMERAN FLORA YG CANTIK SGT NI TAPI XSAMPAI LAGI...

    ReplyDelete
  3. waa cantik betull.. sampai bila ni ada??

    Blogwalkini sini, jom baca artikle ini

    Apa Khasiat Sayur Celery? article...

    ReplyDelete
  4. Baru siang tadi berkesempatan melawat.
    Happening juga la.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...