Tips Mengurangkan Kedutan Dan Garis Halus Di Wajah


TIPS MENGURANGKAN KEDUTAN DAN GARIS HALUS DI WAJAHKedutan dan garis halus di wajah adalah masalah yang biasa dikaitkan dengan proses penuaan. Apabila umur meningkat, kolagen dan elastin di bawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus.

Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar.

Tarikan graviti dan pergerakan otot muka kerana ekspresi muka selama bertahun-tahun menjadikan kulit muka menurun dan mengendur ke bawah dan menyebabkan kedutan yang lebih kasar.

Terdedah kepada cahaya matahari yang lama, merokok secara aktif atau pasif di samping faktor genetik menambahkan lagi masalah kulit kedut ini.


TIPS MENGURANGKAN KEDUTAN DAN GARIS HALUS DI WAJAH




TIPS MENGURANGKAN KEDUTAN DAN GARIS HALUS DI WAJAH


Untuk mengurangkan masalah kulit berkedut ini, beberapa cara boleh diamalkan.

1) Selalu gunakan krim pelindung matahari yang mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) yang lebih daripada 30 apabila keluar melakukan aktiviti di bawah mentari.

2) Elak keluar di bawah cahaya matahari pada waktu sinaran ultra ungu adalah pada tahap maksimum iaitu antara jam 10 pagi dan 3 petang.

3) Ambil makanan yang kaya dengan vitamin C seperti limau, jambu batu, kiwi, oren dan sayur-sayuran kerana vitamin C membantu menghasilkan kolagen yang secukupnya untuk kulit.

Pengambilan suplemen vitamin C juga boleh membantu jika seseorang kurang makan buah-buahan atau sayur-sayuran.

4) Ambil makanan yang kaya dengan Omega 3 bagi membantu mengurangkan masalah kedutan kulit.

Omega 3 akan menyeimbangkan asid lemak dalam tubuh dengan omega 6 dan omega 9.

Lemak yang tidak seimbang menyebabkan kehilangan lemak di bawah kulit dan menyebabkan masalah kulit berkedut.

5) Minum air secukupnya adalah faktor yang amat penting.

Apabila usia meningkat, manusia menghadapi masalah kekurangan air dalam badan. Dalam usia begini, kita juga kurang minum air kerana tidak suka membuang air selalu.

Bagi pekerja pejabat berhawa dingin, kehilangan air adalah ketara kerana dalam kawasan berhawa dingin kelembapan adalah rendah menyebabkan kulit menjadi lebih mudah kering.

6) Gunakan krim pelembap yang mengandungi vitamin C, kolagen atau minyak kamomile kerana ia boleh mengelak kulit menjadi kering.

Kolagen dalam krim pelembap tidak akan diserap masuk ke dalam kulit kerana molekulnya yang sangat besar, tetapi ia mengekalkan kelembapan luaran.

7) Pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan juga membantu mengurangkan masalah kedutan dan garis halus kulit.

Antioksidan membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dari sinaran ultra ungu matahari.

Semakin meningkat usia dan pendedahan kepada matahari dan pencemaran seperti asap kenderaan dan asap rokok akan meningkatkan tekanan oksidatif kepada kulit yang menyebabkan masalah kedutan kulit dan garis halus serta masalah jeragat.

8) Amalkan pemakanan sihat, suplemen dan antioksidan yang secukupnya dan perlindungan daripada cahaya matahari di samping minum air yang cukup setiap hari boleh membantu mengurangkan kesan kedutan kulit terutama pada wajah seseorang, Insya-Allah.


2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian ni..
    ooo kena banyak minum air ye.. insyallah boleh praktikkan..

    Blogwalking sini, jom belajar tutorial ni

    How To Display Author Info Box in blogpost article...

    ReplyDelete
  2. JAGA KULIT WAJAH SEDARI MUDA AGAR XKELIHATAN LBH TUA DARI USIA.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...