Petua Atasi 5 Masalah Kulit Wajah


Petua Atasi 5 Masalah Kulit Wajah | Wajah merupakan aset bagi wanita . Walaupun dah berusia , seorang wanita perlu menjaga wajahnya bukan sekadar untuk diri sendiri maah juga tatapan suami . Bagi sis , wajah tu sangat penting . Tak perlulah nak calit itu ini untk jadi cantik , cukuplah sekadar muka itu bersih dari jerawat , bebas kedutan dan nampak glowing gitu .


Petua Atasi 5 Masalah Kulit Wajah


Petua Atasi 5 Masalah Kulit Wajah



Setiap wajah korang ada jenis kulit yang berbeza . Ada yang jenis kulit berminyak , kulit kering dan kulit kering . Setiap kulit itu perlukan penjagaan yang berbeza juga .

Berikut adalah petua penjagaan kepada 5 jenis masalah pada wajah .

1- Kulit Berminyak

Untuk atasi masalah pada kulit berminyak , korang perlulah

  • cuci muka 2 kali sehari . 
  • minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari
  • cuci muka dengan air suam yang dicampurkan sedikit garam
  • jadikan puth telur sebagai masker 

2- Berjerawat


Untuk kulit berjerawat , korang perlulah hilangkan jerawat terlebih dahulu . Cara yang paling mudah adalah 
  • cuci muka dengan sedikit cuka epal ( cuka epal titiskan pada kapas dan sapukan pada wajah ) sekerap yang boleh .
  • letakkan sedikit ubat gigi pada jerawat
  • letakkan lendir lidah buaya pada jerawat dan biarkan kering 
  • perahan jus lemon
biarkan selama lebih kuran 15-20 minit atau semalaman dan kemudian bilas dengan air suam .

3- Jeragat


Untuk menghilangkan jeragat , korang boleh guna petua berikut
  • 2 sudu yogurt
  • 1 sudu jus lemon
  • 1 sudu madu
  • 4 sudu serbuk oat
Bancuh bahan diatas , kemudian sapukan pada wajah . Rehatkan selama 20-30 minit kemudian bilas dengan air suam .

4- Kedutan


Untuk mengurngkan kedutan pada wajah , korang boleh cuba petua ini
  • campurkan parutan lobak merah , 2 sudu tepung jagung , 1 biji kuning telur kemudain sapukan pada wajah dan biarkan selama 30 minit . Lepas tu bilas .
  • korang boleh juga minum air parutan kunyit .
Lakukan selama sebulan . Korang akan dapat tengok hasilnya . Sis selalu gunakan marine collagen + putih telur + madu+ air limau+minyak zaitun+lendirlidah buaya . Kalau tak semua ada , putih telur+marine collagen+minyak zaitun pun dah cukup .

5- Sembab


Masalah sembab ni selalu terjadi pada mata sis tapi mata sebelah kiri je ... huhuhuuu . Petuanya mudah je 
  • hiriskan tomato atau timun kemudian tekapkan pada mata sampailah korang bangun tidur . 
  • oleskan ais di bawah mata sekerap yang korang suka supaya darah berjalan dengan lancar .
  • nak lebih senang , guna je eye cream tapi ada gak eye cream yang tak berkesn pun !
Sis gunakan timun dan ais je ye kengkawan .


3 comments:

  1. Akak nak cuba yg jeragat tu lah Vee..
    Dah banyak benor kat muka ni :)

    ReplyDelete
  2. saya paling geram jerawat kat muka ..
    ermm sya picit tumbuh pulak tempat lain ha3

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...